web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Subsidi Pukal Gula Pasir, Tak Adil Kerana Malaysia Bukan Pengeluar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 3:43PM

Thailand sebagai contoh menjual bahan tersebut pada harga lebih tinggi berbanding Malaysia, walaupun mereka adalah pengeluar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Subsidi pukal untuk gula pasir perlu dihentikan memandangkan Malaysia bukan pengeluar bahan mentah itu.

Memberi cadangan itu, mantan Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Tan Sri Shahrir Samad berkata, negara jiran, Thailand sebagai contoh menjual bahan tersebut pada harga lebih tinggi berbanding Malaysia, walaupun mereka adalah pengeluar.

Menurut beliau, pemberian subsidi pukal seperti itu tidak adil kerana ia juga dinikmati golongan kaya sedangkan mereka tidak memerlukannya.

“Sepatutnya gula pasir tidak disubsidikan. Belum cakap lagi pasal kemudaratan kepada kesihatan.

“Kerana perbezaan ketara harga runcit di antara negara kita dengan negara jiran, gula pasir kita diseludup keluar.

“Kesimpulannya, subsidi dari kerajaan kita dinikmati oleh penduduk negara jiran,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas beliau lagi, sewaktu menerajui KPDNHEP di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008, kementerian tersebut memansuhkan subsidi gula pasir.

“Pada tahun berikutnya, (Datuk Seri) Najib (Razak) perkenalkan bantuan tunai kepada golongan B40 dan subsidi gula pasir antaranya diberi secara bersasar kepada isi rumah B40.

“Itulah permulaan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang mengumpulkan pelbagai subsidi kerajaan yang dulu dibuat secara pukal ditukarkan kepada subsidi bersasar. Sekarang, kita mundur balik ke belakang,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad menyatakan, harga siling gula pasir di negara ini iaitu RM2.85 sekilogram adalah lebih murah berbanding Thailand, yang menjual bahan itu pada harga RM3.50 sekilogram.

Beliau berkata, gula di seluruh Asia dijual pada harga antara RM4.50 dan RM6.50 sekilogram.

Gula adalah barang terkawal bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Mana-mana individu yang menjual melebihi harga siling berdepan denda RM100,000, penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat pula berdepan denda RM500,000 bagi kesalahan pertama.

Pada 12 Mei lalu, Kabinet bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah kekurangan bekalan gula di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, empat kementerian terbabit menganggotai jawatankuasa yang dipersetujui pada mesyuarat Rabu lalu.

Katanya, selain Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), jawatankuasa itu turut dianggotai Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Jawatankuasa itu akan menentukan hala tuju bekalan gula supaya kekurangan bekalan bahan itu tidak berlaku pada masa akan datang.

“Walaupun isu kekurangan bekalan hanya berlaku di Kelantan dan Terengganu, tetapi tindakan proaktif perlu dilakukan bagi mendepani isu itu terutama pada musim cuti perayaan,” katanya. - Getaran, 15 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad