Berita Terkini

9 minit yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 10 minit yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu 10 minit yang lalu: Hormati titah Agong, jangan jadikan Islam polemik politik - Mufti P. Pinang 12 minit yang lalu: Hakim tarik diri dengar semakan kehakiman ibu bapa Teoh Beng Hock 14 minit yang lalu: UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan, KPM fokus bangunkan murid secara holistik

IKUTI KAMI


Malaysia Harus Muncul Sebagai Gergasi Ekonomi, Guna Sebaiknya Kekayaan Khazanah Negara - PM

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 9:36PM

Anwar menandatangani Tekad Bersama Kerajaan Perpaduan sambil disaksikan pemimpin-pemimpin parti pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia harus muncul sebagai gergasi ekonomi baharu, dengan menggunakan kuasa dan kekayaan khazanah negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata, pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus yang dicatatkan pada suku tahun pertama membuktikan kedudukan ekonomi negara berada pada landasan yang kukuh.

Menurut beliau, pertumbuhan itu adalah yang terbaik di rantau ini berbanding China (4.5 peratus), Indonesia (5.0 peratus) dan Vietnam (3.3 peratus).

“Malaysia juga merekodkan kadar inflasi yang rendah iaitu 3.6 peratus pada suku tahun pertama.

“Jumlah itu mengatasi negara-negara serantau,” katanya, seperti dilaporkan BERNAMA semasa menyampaikan amanat perdana di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini hari ini.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya komited untuk membangunkan semula Malaysia, sekali gus membela nasib rakyat dengan kerjasama daripada Kabinet.

Langkah itu jelasnya, dirangka bagi menarik lebih banyak pelabur luar ke negara ini.

“Langkah ini terbukti efektif, dengan pelaburan digital berkualiti oleh Amazon Web Services, yang bakal membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia, dengan pelaburan bernilai RM25.5 bilion.

“Kerajaan juga tidak ketinggalan menarik beberapa pelaburan lain termasuk komitmen dari China yang bernilai RM170 bilion,” jelasnya.

Beliau menarik perhatian, semua pencapaian tersebut membuktikan elemen good governance yang wujud dalam kerajaan.

“Ini juga ertinya rundingan yang tidak meletakkan komisyen untuk Menteri dan keluarga mereka. 

“Ini maknanya ease and speed of doing business yang harus kita tetapkan agar negara ini muncul semula sebagai gergasi di rantau ini," katanya.

Sebahagian anggota parti komponen yang hadir pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL).
Sebahagian anggota parti komponen yang hadir pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL).

Dalam perkembangan lain, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan mengundang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam tempoh dua minggu lagi bagi mencari jalan penyelesiaan untuk masalah air di kedua negeri.

Tegasnya, beliau amat komited untuk menyelesaikan masalah tersebut sepenuhnya, khususnya selepas memperoleh input daripada pemimpin kedua-dua negeri.

“Kerajaan Perpaduan mahu melaksanakan semua janji kami dengan segera dan tidak bertangguh lagi demi menghentikan kesengsaraan rakyat.

“Ya dia perlukan dana besar, dia perlu sukuk, dia perlu bon. Itu masalah kita, jangan bebankan rakyat. Sekarang kita cuba selesaikan. Projek besar boleh tangguh tapi air, elektrik, jalan berlopak, sekolah daif, klinik daif itu memang peruntukan diberikan,” tegasnya. - Getaran, 14 Mei 2023

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kanak-Kanak Lemas, Seorang Lelaki Hilang Ketika Mandi Di Pantai Bagan Lalang

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Laksana Dasar Baharu Depani Cabaran Global, Enggan Sistem Raja Diperolok - Anwar

oleh Farhana Farush

Semasa 6 jam yang lalu

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Superman, Langgar Lampu Merah, Remaja Lelaki Maut Rempuh Kereta