web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Perempuan Di Klang Bukan Meninggal Akibat Strok Haba Tapi…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 5:47PM

JKNS menafikan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Klang adalah disebabkan strok haba seperti yang tular di media sosial. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menafikan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Klang adalah disebabkan strok haba seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya menerima makluman mesej tular mengenai kematian membabitkan murid berkenaan pada 10 Mei lalu.

“Kejadian itu membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Klang.

“Kanak-kanak itu mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas makan malam pada hari sebelumnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Dr Sha’ari, pada keesokan harinya, kanak-kanak itu dibawa ke klinik dan hasil pemeriksaan mendapati dia hadir dalam keadaan kritikal serta didiagnosa sebagai kes gastroenteritis akut dengan komplikasi.

“Rawatan sewajarnya telah diberikan sebelum dia dirujuk ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Namun, kanak-kanak itu meninggal dunia dan dia tidak mengalami strok haba seperti ditularkan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mesej tangkap layar mesej bergambar murid sekolah rendah yang didakwa meninggal dunia akibat strok haba.

Sementara itu, Dr Sha’ari mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan gejala cirit birit dan muntah yang dialami.

“Gejala cirit-birit dan muntah tidak terkawal berpotensi menyebabkan situasi dehidrasi (kekeringan), apatah lagi dalam musim cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.

“Untuk mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan berkaitan, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Selangor di talian 03-5123 7366 / 7367 atau melalui emel: [email protected],” katanya. – Getaran, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Langgar Lari: Pemandu SUV Diburu Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Penunggang Motosikal Parah Dirempuh Perodua Bezza

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi