web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekerasan Terhadap Warga Kerja KKM Meningkat Sejak 2017

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 2:55PM

Statistik pelaporan kes kekerasan membabitkan warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan peningkatan sejak enam tahun lalu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Statistik pelaporan kes kekerasan membabitkan warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan peningkatan sejak enam tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak 167 kes kekerasan dilaporkan pada 2017, sebaik sahaja Garis Panduan Mencegah & Menangani Kekerasaan Terhadap Warga Kerja KKM dilancarkan.

“Pada pasca pelancaran garis panduan ini, 442 kes pada 2018 dan terus meningkat pada 2019 iaitu sebanyak 494.

“Namun sebanyak 321 kes dilaporkan pada 2020 dan 260 pada 2021 semasa fasa pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kekerasan di tempat kerja sama ada berbentuk serangan fizikal, verbal dan seksual dikenalpasti sebagai salah satu cabaran utama yang boleh mengganggu produktiviti warga kerja kementerian itu.

“Kekerasan itu memberi kesan negatif terhadap keselamatan dan kesihatan psikologi serta fizikal, seterusnya menjejaskan prestasi kerja.

“Ia juga boleh menjejaskan kualiti penjagaan perubatan dan menyebabkan kerugian dari aspek perbelanjaan dalam sektor kesihatan,” katanya.

Jelas Dr Muhammad Radzi, pelancaran garis panduan tersebut bersempena dengan Majils Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan & Kesihatan di Tempat Kerja 2023 Peringkat Kebangsaan hari ini amat penting dalam usaha mewujudkan tempat kerja yang selamat, sejahtera dan produktif.

Katanya, kekerasan terhadap warga KKM diharap dapat ditangani dengan lebih berkesan melalui garis panduan terbaharu ini, sekali gus memastikan keselamatan dan kesejahteraan tempat kerja terpelihara.

“Ia juga menunjukkan komitmen pengurusan atasan KKM dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga kerjanya.

“Pada masa sama, mutu penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik dapat disampaikan kepada pelanggan sekiranya gangguan seumpama ini terhadap warga kerja KKM dapat dikurangkan,” katanya.

Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan & Kesihatan di Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan diadakan di Institut Kanser Negara hari ini.

Ia merupakan program tahunan yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan disambut pada 28 April setiap tahun di seluruh dunia.

Pada tahun ini, tema sambutan adalah “Persekitaran Kerja yang Selamat & Sihat: Hak Pekerja”, sebagaimana ditetapkan oleh ILO.  

Malaysia, salah sebuah negara yang menganggotai pertubuhan itu bersama meraikan sambutan tersebut sejak 2006.

Ia merupakan usaha berterusan dan komitmen kerajaan sejajar dengan Promotional Framework for Occupational safety and
Health Convention 2006 (No.187) yang ditandatangani, bagi memastikan pekerja di negara ini dilindungi sebaiknya sepanjang menjalankan tugas seharian di tempat kerja.

Sambutan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran antarabangsa mengenai keselamatan dan kesihatan dalam kalangan pekerja dan majikan menerusi penerapan budaya kerja selamat dan sihat.

Ia juga bagi memupuk tanggungjawab setiap individu untuk mencegah kemalangan, penyebaran penyakit mahupun kematian pekerja di tempat kerja, selain mencapai sasaran Sustainable Development Goal (SDG), 8.8 iaitu persekitaran
kerja yang selamat dan terjamin bagi semua pekerja menjelang 2030. – Getaran, 10 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad