web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pavilion Antarabangsa Malaysia Terima Kunjungan Tetamu Diraja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 9:34AM

Al-Sultan Abdullahdan Raja Permaisuri Agong berkenan mengiringi Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Permaisuri Bhutan Jetsun Pema melawat produk kraf yang dipamerkan di Pavilion Antarabangsa Malaysia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Pavilion Antarabangsa Malaysia yang diadakan sempena Minggu Kraf London 2023 (LCW), pada Isnin menerima tetamu diraja Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Permaisuri Jetsun Pema.

Turut berangkat ke pameran yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang mengetuai delegasi Malaysia dalam pameran bermula Sabtu sehingga 14 Mei, berkenan menyampaikan taklimat berhubung pameran bertemakan “Abstract Nature” (Abstrak Alam Semula Jadi).

Raja Bhutan dan Permaisuri Bhutan berada di London atas persilaan rasmi Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom (UK) di Wesminster Abbey pada Sabtu.

Tetamu diraja berkenaan meluangkan masa selama satu jam melihat pameran seni kraf dan produk warisan yang memaparkan landskap budaya Malaysia yang kaya melalui keunikan tradisi kraf dan produk warisan masyarakat Malaysia khususnya Melayu, Orang Asli Semelai dari Pahang, Mah Meri (Selangor) di Semenanjung Malaysia serta suku kaum etnik Orang Asal di Sabah dan Sarawak.

Pameran edisi kedua Malaysia sempena Minggu Kraf London kali ini turut mengetengahkan Songket Terengganu dan telepuk (teknik menghias tekstil).

Penyertaan Malaysia dalam pameran itu diketuai oleh Yayasan Tenun Pahang Diraja dan disokong oleh Kerajaan Persekutuan (Kementerian Luar), Kerajaan Pahang dan Sarawak, Kraftangan Malaysia dan Songket Diraja Terengganu.

Selain tetamu diraja, turut menghadiri pameran itu ialah Duta Monaco ke United Kingdom Evelyne Genta, Pengerusi London Craft Week Guy Salter dan dari Malaysia, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah  tiba di London, pada Rabu lepas bagi mengadakan lawatan khas hingga 14 Mei, atas persilaan rasmi Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Ketua Negara UK.

Terletak antara China dan India, Bhutan adalah sebuah negara kecil di Himalaya, dan merupakan negara paling hijau di dunia. Dilaporkan, lebih 70 peratus negara itu diliputi oleh hutan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad