web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah Larang Penduduk Bukan Islam Guna Kalimah Allah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 4:42PM

Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini menitahkan larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri berkenaan.

Baginda yang juga Ketua Agama Islam negeri bertitah, kalimah itu merupakan nama khas kepada tuhan yang Maha Esa, yang membawa maksud tidak melahirkan atau dilahirkan.

 "Allah menamakan diri-Nya dengan nama Allah dan Allah ini hanya disembah dengan sebenarnya oleh umat Islam saja. 

"Orang bukan Islam sama sekali tidak dibenarkan menggunakan kalimah suci ini, kecuali untuk tujuan-tujuan yang bukan menyekutukan Allah dengan apa jua ciptaannya," titah baginda dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Sultan Sallehuddin menambah, Rukun Iman yang pertama iaitu beriman kepada Allah merupakan akar akidah umat Islam. 

Tegas baginda, Islam amat mengutamakan keharmonian dalam kepelbagaian anutan namun jika berkaitan isu akidah atau kepercayaan, Islam amat tegas dan sama sekali tidak boleh mencerobohi sempadan beragama.

"Ini bersandarkan firman Allah dalam surah Al-Kafirun ayat enam yang bermaksud 'Bagi kamu agama kamu dan bagi aku (Muhammad) agama aku'.

"Demi meneruskan kesinambungan keharmonian sejagat tanpa mengira agama dan bangsa setiap lapisan rakyat yang diwarisi sejak zaman-berzaman, beta menyeru seluruh anak negeri bumi bertuah ini agar segera berhenti daripada berbahas dan berdebat apatah lagi mengusik kesucian kalimah Allah seperti yang telah dikanunkan mengikut hukum syarak dan undang-undang di negeri ini," titah baginda.

Sultan Sallehuddin bertitah, isu kalimah Allah itu mampu menggugat kestabilan negeri dan negara jika tidak ditangani dengan berhati-hati. 

"Jika tidak ditangani dengan penuh berhati-hati di bawah suluhan wahyu dan kedaulatan undang-undang, beta amat bimbang di penghujungnya seluruh manusia akan terperangkap dalam pertikaman lidah serta permusuhan yang tiada berkesudahan. 

"Perkara itu pada akhirnya boleh menggugat kerukunan hidup serta kestabilan negeri dan negara. Oleh itu, saranan tegas ini beta muktamadkan berpandukan kepada pasak-pasak tertentu," titah baginda. 

Titah baginda, pasak yang pertama adalah perintah Allah dalam surah Taha ayat 14 yang bermaksud 'Sesungguhnya akulah Allah, tiada tuhan melainkan aku; Oleh itu sembahlah akan daku dan dirikanlah solat untuk mengingati daku'. 

Manakala pasak kedua adalah Seksyen (9) Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Kedah 1988 yang dengan jelas memperuntukkan bahawa, antara beberapa kalimah yang hanya boleh digunakan oleh orang Islam adalah kalimah Allah. 

Pasak ketiga titah baginda, adalah keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah diwartakan pada 21 April 2010 iaitu penggunaan 'Lafzul Jalalah' yakni kalimah Allah hanya khusus dan eksklusif untuk umat Islam saja. 

Titah baginda, agama lain selain daripada Islam tidak boleh dan dilarang menggunakannya dalam apa jua bentuk penerbitan bertulis, media cetak, media elektronik, audio visual dan yang seumpamanya.

"Sekali lagi beta ingatkan, sebagai Ketua Agama Islam Negeri Kedah, semua pihak hendaklah akur dan taat akan titah beta ini demi memelihara kesucian kalimah Allah dan ketenteraman awam," titah baginda. - Getaran 12 Mei 2021.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar