web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Dalam Peringkat Akhir Muktamad RUU Ombudsman Malaysia, Kini Tunggu Kelulusan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 3:40PM

Azalina Othman Said berkata, Ombudsman Malaysia yang akan dicadangkan adalah berfungsi untuk menerima, mengendali dan menyelesaikan aduan berkaitan salah tadbiran sistem penyampaian perkhidmatan awam Persekutuan, bagi meningkatkan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan secara prinsipnya bersetuju menubuhkan Ombudsman Malaysia dan sudah berada pada peringkat akhir dalam memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, buat masa ini juga, kerajaan berada peringkat akhir untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Katanya, Ombudsman Malaysia yang akan dicadangkan adalah berfungsi untuk menerima, mengendali dan menyelesaikan aduan berkaitan salah tadbiran (maladministration) sistem penyampaian perkhidmatan awam Persekutuan, bagi meningkatkan tadbir urus baik (good and ethical governance) dalam perkhidmatan awam.

“Ombudsman adalah satu badan bebas yang mengamalkan konsep tidak memihak (impartial) dalam menguruskan aduan (grievances) yang disalurkan orang awam terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Ombudsman merupakan satu konsep diterima pakai dan diktiraf di peringkat antarabangsa serta 115 daripada 195 negara di dunia mempunyai institusi Ombudsman,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Twitter.

Beliau berkata, RUU itu yang sedang dipertimbangkan itu, akan memperuntukkan fungsi dan kuasa Ombudsman Malaysia dengan jelas, merangkumi pengurusan aduan salah tadbiran di agensi kerajaan Persekutuan dan penentuan hala tujunya dalam mencegah salah tadbiran dalam agensi kerajaan dan pengemukaan syor tindakan pembetulan atau tindakan pencegahan kepada agensi kerajaan.

Ujarnya, ia juga merangkumi pemantauan ke atas pelaksanaan pengurusan aduan awam oleh agensi kerajaan dan penyediaan serta penerbitan laporan berhubung pengurusan aduan salah tadbiran.

Azalina berkata, buat masa ini, Kerajaan Perpaduan juga sedang mempertimbangkan beberapa perkara dasar lain antaranya, elemen siasatan dan penguatkuasaan terhadap aduan salah tadbiran sistem penyampaian perkhidmatan awam, pembentangan laporan di Parlimen, jenis aduan, pelantikan dan penamatan perkhidmatan Ombudsman.

Kerajaan juga, katanya, sedang mempertimbangkan pelantikan pegawai yang akan berkhidmat di Ombudsman seta perkara berkaitan, bagi mengukuhkan fungsi penubuhan Ombudsman Malaysia secara holistik.

Selain itu, Azalina berkata, selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) bersama Biro Pengaduan Awam (BPA), mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat sivil (COs) dalam memuktamadkan RUU Ombudsman Malaysia.

“Pada hari ini, kerajaan di BHEUU, JPM mengadakan sesi libat urus bersama agensi kerajaan, seperti Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Perkhimatan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Sesi libat urusn itu turut membabitkan NGO, antaranya Majlis Peguam Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),” katanya.

Kerajaan juga, katanya, akan mengadakan sesi taklimat bersama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada sidang Parlimen akan datang dalam mendapatkan input serta pandangan, sebagai usaha penglibatan yang bermakna dalam memuktamadkan RUU terbabit dengan kadar segera.

“Penubuhan Ombudsman Malaysia ini adalah penting ke arah sistem penyampaian perkhidmatan awam lebih cekap dan efektif, selain kerajaan lebih responsif serta adil terhadap rakyat,” katanya. – Getaran, 8 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerajaan Setuju Tubuhkan Ombudsman Malaysia, Perkukuh Tatakelola Awam - PM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar