web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 Diiktiraf MBOR Penyertaan Teramai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 11:16AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail beraksi pada Kejohanan Menembak RMP (Royal Malaysia Police) Open Championship 2023 Level III kategori shoot off di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kejohanan Tembak Royal Malaysia Police (RMP) Open Championship 2023 Level III menerima pengiktirafan ‘peserta paling ramai dalam kejohanan menembak’ daripada The Malaysia Books of Record (MBOR) dengan penyertaan seramai 787 orang.

Sijil pengiktirafan itu telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong semasa Majlis Apresiasi Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi.

Kejohanan tersebut yang berlangsung selama selama tujuh hari bermula 1 Mei lepas di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejohanan itu juga disertai peserta luar negara termasuk daripada Indonesia, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Singapura dan Filipina.

Acryl Sani dalam ucapannya berkata pengiktirafan itu amat bermakna buat PDRM sekali gus membantu mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang tmenyediakan fasiliti serba lengkap bagi kejohanan menembak bertaraf antarabangsa.

“Besarlah harapan saya agar Malaysia diberi peluang untuk menganjurkan pertandingan Level V iaitu World Shoot yang merupakan tahap tertinggi dalam kejohanan IPSC ini, yang sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad