web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Umum Peruntukan Keseluruhan Sosioekonomi Di Negeri Sembilan RM1.2 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 1:53PM

Anwar Ibrahim (tengah) bersama Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Aminuddin Harun (kanan) ketika hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Sembilan dan Malaysia MADANI di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS), hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan keseluruhan bagi pembangunan sosioekonomi di Negeri Sembilan berjumlah RM1.2 bilion.

Beliau berkata ia termasuk penambahan peruntukan bagi pembangunan negeri itu berjumlah hampir RM1 bilion.

Katanya projek baharu tahun ini di Negeri Sembilan termasuk membina jalan susur tol baharu dari Seremban ke Lingkaran Tengah Seremban, dengan kos projek RM600 juta.

"..membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson Dengan Sungai Pelek dengan kos RM160 juta.

"Pembinaan fasiliti Kementerian Pendidikan dengan kos RM280 juta termasuk membina semula sekolah daif dan memperkukuhkan pendidikan khas," katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia MADANI di Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga menyiapkan perbelanjaan berjumlah RM5.8 juta bagi baik pulih Klinik Kesihatan yang daif di Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau Seremban dan Tampin.

Selain itu katanya pembinaan masjid baharu turut mendapat perhatian kerajaan, antaranya pembinaan Masjid Terapung Port Dickson, Masjid Kariah Hulu Beranang Seremban dan Masjid Kariah Talang Tengah Kuala Pilah, berjumlah RM318 juta.

"Jadi keseluruhan pembangunan sosioekonomi saya umumkan RM1 bilion tadi, penambahannya menjadikan keseluruhannya RM1.2 bilion," katanya.

Perdana Menteri berkata Kerajaan Perpaduan juga telah menyelesaikan isu yang lama tertangguh mengenai Residensi PR1MA Seremban Sentral dan penyerahan  891 unit kepada pembeli akan dibuat mulai bulan Jun ini. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad