Berita Terkini

1 jam yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 1 jam yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 11 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 11 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 11 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


CUEPACS Mohon Gaji Minimum Penjawat Awam RM1,800

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 9:15PM

Adnan Mat berkata kali terakhir kenaikan gaji minimum penjawat awam adalah pada 2016 iaitu sebanyak RM1,200 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata kali terakhir kenaikan gaji minimum penjawat awam adalah pada 2016 iaitu sebanyak RM1,200.

“Sekarang pada 2023 masih lagi RM1,200, sekiranya dicampur dengan elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM350, imbuhan tetap perumahan RM300, imbuhan tetap perkhidmatan awam mengikut gred masing-masing baru mencapai anggaran RM1,900 jauh daripada sasaran menjelang 2025.

"Kami mencadangkan kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup.

"Bagaimanapun, sekiranya kerajaan tidak mampu, boleh dinaikkan hingga RM1,500 kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan gaji minimum sektor swasta sebanyak RM1,500," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 1 Mei lepas semasa sambutan Hari Pekerja 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sudah sampai masanya penilaian dan kajian semula dibuat terhadap gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.

Sementara itu, seorang penjawat awam Muhammad Shafiq, 36, berkata kenaikan gaji bagi kumpulan bawahan amat wajar kerana kenaikan kos sara hidup sudah tidak relevan dengan gaji RM1,200.

"Kerajaan juga boleh melihat kepada kenaikan elaun yang sedia ada sekiranya tidak mahu menaikkan yang pokok. Bagi kami yang bujang boleh cukup makan, namun bagi mereka yang sudah berumahtangga sememangnya terkesan.

"Ada penjawat awam kumpulan bawahan yang melakukan dua atau tiga kerja bagi menampung perbelanjaan harian dan keperluan asas yang lain," katanya.

Bagi Eliani Ismail, 37, penjawat awam daripada kumpulan M40 berkata kerajaan juga perlu melihat keperluan kumpulan berkenaan yang turut terkesan dengan ekonomi sekarang.

"Kami antara kumpulan yang membayar cukai menjana pendapatan negara tapi sering kali terlepas pandang dan memang wajar kajian dibuat membabitkan juga kumpulan M40.

"Contohnya nak mohon tadika KEMAS tak layak manakala hantar swasta pula mahal, mungkin kerajaan boleh mewujudkan bantuan khas yang bersasar kepada M40 seperti yang dilakukan kepada B40 kerana kami juga tersepit," katanya.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Terima Habuan Lulus Tuntutan Insentif Penjana Kerjaya, Penjawat Awam Ditahan

2

Semasa 4 minggu yang lalu

OPR Naik Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tingkatkan Gaji Minimum Bagi Imbangi Pendapatan Dengan Kos Sara Hidup - Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

CUEPACS Usul Kurangkan Tempoh Perkhidmatan Pekerja Kontrak Untuk Lantikan Tetap

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Perlu Konsisten Dalam Tingkatkan Kerjasama Untuk Mendepani Krisis Global

Semasa 1 hari yang lalu

Cari Segera Solusi Tandas Sekolah Kotor, Didik Murid Hargai Nilai Kebersihan

oleh Aiman Sadiq

Semasa 11 jam yang lalu

3 Lelaki Dikesan Menyamar Sebagai Polis Di Lebuhraya Utara Selatan

Sukan 1 hari yang lalu

KBS Percaya BWF Ada Sebab Kukuh Beri Pengiktirafan Kepada Chong Wei