web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Sudah Serah Wang Saman, Tindakan Mahfuz Minta Bayaran Hanya Mahu Populariti’ - Sanusi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 6:46PM

Muhammad Sanusi Md Nor berkata, wang itu diserahkan kepada peguam beliau yang sedang berurusan dengan pihak peguam mantan Ahli Parlimen Pokok Sena berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Wang saman berjumlah RM120,000 yang perlu dibayar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar, didakwa sudah diserahkan seminggu lalu.

Muhammad Sanusi berkata, wang itu diserahkan kepada peguam beliau yang sedang berurusan dengan pihak peguam mantan Ahli Parlimen Pokok Sena berkenaan.

Justeru, beliau berkata, tindakan Mahfuz meminta bayaran itu menerusi media sosial hanya untuk menumpang popularitinya, berikutan nama Mahfuz kini sudah ‘tenggelam’.

“Saya sudah serahkan duit kepada peguam seminggu lalu dan peguam saya sedang urus dengan peguam Mahfuz. Sebab itu, saya kata hal ini adalah urusan peguam sebab kita sudah lantik peguam.

“Jadi, tak payahlah guna Facebook atau TikTok semua tu, tak ada isu bankrap sebab tak bayar, semua diurus peguam...dia hanya nak tumpang populariti saya. Dia sudah tenggelam, kalau (kalah majoriti undi) 31,000 apa jalan lagi nak naikkan nama dia balik.

“Saya dengar dia nak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga atau Pengkalan Kundur. Jadi siapa yang tengah top sekarang, dia nak tumpang orang itulah. Itu strategi politik Mahfuz sejak dulu sampai sekarang,” katanya seperti dilaporkan BH.

Sanusi berkata, beliau tidak akan mencampuri urusan peguam seperti dilakukan Mahfuz.

Menyifatkan pengaruh politik Mahfuz juga sudah tumpul, beliau menegaskan, tidak hairanlah apabila pemimpin itu bertindak sehingga memaksa beliau ‘mencakar’ orang berpengaruh.

Ia juga boleh dilihat sebelum ini, iaitu ketika Mahfuz ‘mencakar’ mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Siapa yang popular dia akan pergi cakuk. Jadi saya serah kepada pengundi untuk menilai tokoh politik itu,” katanya.

Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman berdasarkan hantaran dibuat Muhammad Sanusi melalui Facebooknya pada 30 Julai tahun sama, mengaitkan beliau dalam isu pemindahan premis judi ke kawasan itu.

Pada 3 April lalu, Muhammad Sanusi gagal dalam rayuan saman fitnah kes itu.

Mahfuz kemudian memohon untuk menaikkan saman terbabit daripada RM50,000 kepada RM120,000.

Terdahulu, media melaporkan, Mahfuz meminta Muhammad Sanusi segera menyelesaikan saman fitnah itu, berserta kos tambahan atau notis kebankrapan bakal difailkan ke atasnya.

Katanya, jika Muhammad Sanusi terus melengahkan bayaran saman itu, beliau akan berbincang dengan peguam dalam tempoh terdekat untuk tindakan seterusnya termasuk menyita aset Muhammad Sanusi. – Getaran, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sanusi Harap Zulkafperi MP Terakhir Beralih Sokongan Terhadap PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Sanusi, Panaih Takpa, Jangan Koyak' - Netizen

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tolak Panggilan Polis Punca Sanusi Ditahan - Razaruddin

4

TARA 3 tahun yang lalu

Kawan-Kawan Selalu ‘Flex’ Kemewahan Sehingga Anda Terkesan? Ini 5 Tip Untuk Atasi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad