web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Negeri Dijangka Mudah Terkesan El-Nino, Empangan Dipantau Berterusan - SPAN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 8:18PM

Daripada pengalaman kejadian El-Nino pada tahun 2015-2016, kesan fenomena itu sekali gus akan mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim, terutama peningkatan suhu di permukaan dan pengurangan jumlah taburan hujan di Malaysia - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan negeri dijangka mudah terkesan dengan fenomena El-Nino yang berlaku akibat peningkatan suhu Lautan Pasifik secara mendadak.

Menerusi kenyataannya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan, negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Katanya, daripada pengalaman kejadian El-Nino pada tahun 2015-2016, kesan fenomena itu sekali gus akan mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim, terutama peningkatan suhu di permukaan dan pengurangan jumlah taburan hujan di Malaysia.

“Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), kebarangkalian berlakunya El-Nino adalah sekitar 57 peratus pada Jun hingga September ini dan meningkat kepada 62 peratus pada September sehingga November depan,” menurut kenyataan itu.

SPAN berkata, pada ketika ini, paras empangan utama di Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan kebanyakan empangan di Johor masih berada pada paras maksimum atau melebihi 90 peratus.

Katanya, beberapa empangan bekalan air sudah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah, tetapi masih berada di atas paras kritikal di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Di Perlis, ia membabitkan Empangan Timah Tasoh, manakala Kedah (Empangan Sg Muda, Empangan Pedu dan Empangan Beris) serta Pulau Pinang (Empangan Ayer Itam dan Empangan Telok Bahang).

“Empangan bekalan air tersebut dan di negeri lain akan terus dipantau dengan rapi kerana terdedah kepada risiko kemarau,” katanya.

Selain itu, SPAN berkata, pihaknya ingin memaklumkan sehingga kini, hanya beberapa kawasan setempat mengalami gangguan bekalan air akibat kerja menaiktaraf sistem bekalan air, penyelenggaraan berjadual di loji rawatan air yang berkenaan atau disebabkan paip pecah.

Bagaimanapun, katanya, keadaan keseluruhan bekalan air di negeri lain adalah terkawal dengan bekalan air berterusan.

Pada masa sama, SPAN berkata, operator air negeri mengambil tindakan bersesuaian ke atas risiko gangguan bekalan air akibat kemarau.

“Antara langkah proaktif diambil adalah kesemua operator air dikehendaki melaksanakan enam perkara iaitu:

1.Memantau kecukupan sumber bekalan air mentah, sama ada dari segi paras sungai, paras empangan dan sebagainya bagi memastikan air mentah adalah mencukupi untuk pengoperasian semua Loji Rawatan Air (LRA) dan agihan bekalan air kepada pengguna.

2.Menjalankan program kesedaran menerusi media dan aplikasi yang boleh diakses pengguna masing-masing. Program kesedaran ini boleh dilaksanakan meliputi penggunaan air secara berhemah, penggunaan produk cekap air, pemantauan kebocoran air di dalam sistem agihan dan sebagainya.

3.Menyediakan pelan persediaan bagi menghantar lori tangki ke kawasan dijangka akan mengalami gangguan bekalan air apabila perlu dan menempatkan tangki statik di kawasan kritikal/tinggi (bertekanan rendah) yang dikenal pasti menghadapi kekurangan bekalan air semasa kemarau/waktu puncak.

4.Bersiap siaga dengan jentera, kenderaan, alat kelengkapan dan tenaga kerja dalaman atau luaran, bagi menjalankan kerja pembaikan dengan seberapa segera, sekiranya berlaku kerosakan di loji atau insiden paip pecah.

5.Bekerjasama dengan mana-mana agensi di peringkat Persekutuan dan negeri bagi menjamin keselamatan sumber bekalan air mentah dari segi pencegahan pencemaran sumber air.

6.Memastikan kecukupan bekalan dan tekanan air bagi tujuan pemadaman kebakaran.

Sekiranya perlu, katanya, bantuan penghantaran lori tangki berserta tenaga kerja daripada operator air di negeri lain bagi mengurangkan impak kekurangan bekalan air di suatu negeri.

“Usaha ini adalah selaras dengan ‘Memorandum Persefahaman Mengenai Kerjasama Di Antara SPAN Dan Operator Bekalan Air Semasa Menghadapi Krisis Air’ yang sudah ditandatangani semua operator air di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Dalam usaha pemuliharaan air dan pengurusan permintaan, SPAN menegaskan, pengguna dinasihat supaya sentiasa berhemah dalam menggunakan air dan tidak membazir supaya sumber asas itu yang ada dapat bertahan lebih lama.

Tegasnya, antara langkah boleh diambil pengguna adalah seperti:

1.Gunakan air secara berhemah.

2.Tutup pili air ketika memberus gigi, bercukur atau membasuh muka.

3.Bersihkan lorong penjalan kaki, permukaan keras (walkway and hard surface) dan jalan masuk di laman rumah (car porch) dengan penyapu dan jangan hanya gunakan hos air.

4.Gunakan mesin basuh pada muatan pakaian penuh.

5.Guna tandas dwi curahan.

6.Guna semula air lebihan memasak atau air basuhan sayur-sayuran untuk menyiram tumbuh-tumbuhan sekitar rumah.

7.Baiki paip atau pili bocor serta merta.

8.Kumpulkan air hujan untuk tanaman rumah atau pencucian umum (general washing) atau tujuan bukan minum dan penyediaan makanan.

9.Basuh sayur-sayuran dan pinggan mangkuk dalam singki dan bukan di bawah air pili. - Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Sedia Laksana Pemadanan Kebakaran Berskala Besar, Pembenihan Awan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Empangan Berisiko Timbulkan Masalah Sumber Air Kepada LRA - SPAN

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bilik Gerakan SPAN Pantau Kelestarian Bekalan Air Sepanjang El-Nino

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar