web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 8:31PM

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa meluluskan kenaikan tarif air dan perkara itu perlu dibawa ke peringkat kementerian (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim), meskipun wujud keperluan untuk berbuat demikian.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mana-mana negeri akan bersetuju dengan peningkatan tarif air yang menjadi penyelesaian kepada peningkatan kos operasi ditanggung oleh syarikat konsesi.

“Mana-mana menteri yang bertanggungjawab untuk menguruskan air, sumber asli akhirnya akan bersetuju peningkatan tarif adalah sebahagian daripada solusi. Berbanding elektrik sebenarnya air tertanggung sekian lama.

“Seperti negeri Pahang mereka menanggung beban hutang besar sebab mereka tidak dapat menaikan (tarif) 30 tahun, hanya Johor berjaya meningkatkan sebelum 2018 sebab itu mereka mampu menukar keseluruhan 20,000 paip-paip yang perlu digantikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.  

Bagaimanapun, Amirudin berkata, Selangor kekal meneruskan pemberian air percuma walaupun berdepan kos yang tinggi selepas melihat inisiatif itu memberi kebaikan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kenaikan tarif air turut dipersetujui oleh negeri lain, termasuk daripada negeri yang diterajui Perikatan Nasional.

Menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) berhubung semakan tarif air yang didakwa akan dibuat dalam masa enam bulan pada tahun hadapan, Amirudin berkata, perkara itu perlu diputuskan di peringkat pusat.

“Sebab bukan kita (kerajaan negeri) putuskan sepenuhnya, kena diputuskan di peringkat Pusat. Kita tiada tarikh lagi, jadualnya sekitar enam bulan pertama tahun depan selepas persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Itu persetujuan bersama, saya sudah sebutkan secara objektif semua negeri bersetuju, bukan hanya terbeban negeri kita tetapi negeri lain. Kita belum putus lagi bila hendak menaikkan tarifnya sebab jadual ditetapkan oleh menteri,” katanya.  

Sidang DUN Selangor ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek