web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bilik Gerakan SPAN Pantau Kelestarian Bekalan Air Sepanjang El-Nino

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 6:38PM

Objektif penubuhan “war room” itu antaranya untuk memantau secara rapi situasi empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada 354 loji rawatan air. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menubuhkan bilik gerakan atau “war room” bermula semalam bagi menyelia dan memastikan kelestarian perkhidmatan bekalan air di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang tempoh fenomena El-Nino.

Fenomena El-Nino diramal berlaku bermula 1 Jun sehingga 30 September 2023.

Menerusi kenyataan hari ini, SPAN berkata objektif penubuhan “war room” itu antaranya untuk memantau secara rapi situasi empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada 354 loji rawatan air. 

Bilik Gerakan itu juga berperanan menyelia operasi pembekalan air bersih secara berterusan kepada pengguna dan memastikan operator bekalan air mengambil langkah kawalan dan mitigasi sekiranya berlaku krisis bekalan air

SPAN berkata pengoperasian bilik gerakan itu bagaimanapun tertakluk kepada perkembangan terkini impak El-Nino kepada negara.

“Ianya mungkin dilanjutkan atau disingkatkan bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan dari masa ke masa. Mengambil kira situasi semasa, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan air bersih secara berhemat bagi memastikan kelestarian bekalan,” katanya.

 SPAN berkata pengguna disaran berhubung dengan operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai perkhidmatan bekalan air ketika El-Nino.

SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui Talian Hotline: 019 – 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel : [email protected] serta laman sesawang iaitu  https://warroom.span.gov.my.

Beberapa agensi meteorologi antarabangsa sebelum ini meramalkan pembentukan El Nino bermula pada pertengahan 2023 hingga awal 2024 dan banyak negara telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah kesan buruk fenomena itu.

Fenomena El-Nino berlaku akibat perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan terutama di Lautan Pasifik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Sedia Laksana Pemadanan Kebakaran Berskala Besar, Pembenihan Awan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelantan, Ikut Sahajalah Model Air Negeri Lain, Kenapa Tak Buat?  

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad