web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Individu Diminta Muhasabah Diri, ‘Setiap Kebaikan, Keburukan Akan Kembali Kepada Kita Sendiri’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 6:20PM

Tetaplah fokus dan istiqamah pada jalan Allah SWT dengan gigih meningkatkan amal soleh dan melakukan kebaikan lainnya tidak kiralah dalam bulan apa sekalipun - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiap amal soleh dan kebaikan dilakukan individu akan berbalik kepada diri mereka sendiri.

Malah, setiap keburukan dan kejahatan dilakukan sesiapa juga semuanya. akan kembali kepada diri sendiri.

Penegasan itu ditekankan menerusi khutbah Jumaat bertajuk Muhasabah Diri diterbitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.

Katanya, perkara itu terkandung dalam firman Allah SWT menerusi Surah Fussilat ayat 46 yang bermaksud bahawa ‘Sesiapa mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan, bahayanya akan menimpa dirinya sendiri serta Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya”. (Surah Fussilat ayat 46).

Malah, kata-kata beberapa salafus soleh menekankan bahawa ‘Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani dan bukan menjadi hamba Ramadan (beribadah hanya pada Ramadan).

Kata-kata beberapa salafus soleh menekankan bahawa ‘Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani dan bukan menjadi hamba Ramadan (beribadah hanya pada Ramadan) - Gambar Hiasan
Kata-kata beberapa salafus soleh menekankan bahawa ‘Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani dan bukan menjadi hamba Ramadan (beribadah hanya pada Ramadan) - Gambar Hiasan

“Maka marilah kita bersihkan kembali niat dan hati kita untuk meneruskan usaha menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Apa ertinya kemenangan yang diraikan pada Aidilfitri, namun setelah itu kita semua menjadi kembali lalai dan leka.

“Tetaplah fokus dan istiqamah pada jalan Allah SWT dengan gigih meningkatkan amal soleh dan melakukan kebaikan lainnya tidak kiralah dalam bulan apa sekalipun.

“Semoga dengan istiqamah dan kebiasaan beramal itu akan menjadi salah satu asbab bagi kita, meraih keredaan serta keampunan Allah SWT dan mendapatkan husnul khatimah. Insya-Allah,” menurut khutbah itu.

Khutbah itu menegaskan, semangat dan kesungguhan individu menjadi insan terbaik ketika Ramadan tempoh hari, wajar diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas seharian, termasuk membabitkan konteks sebagai pekerja.

Menurutnya, dalam usaha menjadikan negara dapat membangun secara holistik, setiap pekerja wajar membangunkan kemampuan diri menjadi yang terbaik dengan bersungguh-sungguh melaksanakan setiap tanggungjawab, sentiasa komited, tidak culas dan tidak mengambil kesempatan untuk mencari kepentingan peribadi seperti rasuah, salah guna kuasa serta sebagainya.

Justeru, sempena Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei lalu bertemakan ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI’, semua pekerja wajar memperkemaskan motivasi diri untuk menjadi anggota perkhidmatan terbaik.

“Tidak kiralah sama ada kita sebagai kakitangan awam mahupun swasta, semuanya berperanan Membangun Malaysia MADANI yang berteraskan kemampanan, kesejahteraan, berdaya cipta, sentiasa menghormati, berkeyakinan dan sentiasa bersikap ihsan,” katanya.

Sempena Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei lalu bertemakan ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI’, semua pekerja wajar memperkemaskan motivasi diri untuk menjadi anggota perkhidmatan terbaik - Gambar Hiasan
Sempena Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei lalu bertemakan ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI’, semua pekerja wajar memperkemaskan motivasi diri untuk menjadi anggota perkhidmatan terbaik - Gambar Hiasan

Pada masa sama, khutbah itu memaklumkan, seluruh masyarakat disaran agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga, berikutan keadaan cuaca tidak menentu pada kebelakangan ini.

Keadaan cuaca panas terik, katanya, berisiko menyebabkan ‘strok haba’ yang boleh mengundang maut.

Ujarnya, mereka perlu meminum air masak secukupnya dan tidak terdedah terlalu lama di bawah panas matahari.

“Ibu bapa perlu memastikan anak-anak masing-masing berada dalam keadaan baik dan segera mendapatkan rawatan jika terdapat gejala strok haba, seperti suhu badan melebihi 40°C, tiada peluh, sawan dan apa-apa jua keadaan luar biasa.

“Pemakaian pelitup muka juga sangat digalakkan dalam keadaan menularnya penyakit berjangkit, seperti demam dan lain-lain lagi.

“Sama-samalah kita berdoa memohon kepada Allah SWT agar mengampunkan segala dosa kita dan memelihara kita dari sebarang bala bencana disebabkan kemungkaran-Nya atas kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku di atas dunia,” katanya.

Selain itu, khutbah terbabit meminta umat Islam terus istiqamah mengimarahkan masjid, surau dan majlis ilmu, selain saling berpesan antara satu sama lain dalam usaha menyeru melakukan kebaikan serta memberi peringatan bagi mencegah sebarang bentuk kemungkaran.

Umat Islam terus istiqamah mengimarahkan masjid, surau dan majlis ilmu - Gambar Hiasan
Umat Islam terus istiqamah mengimarahkan masjid, surau dan majlis ilmu - Gambar Hiasan

“Kita sudah memasuki hari ke-14 Syawal. Apakah kita masih lagi bersemangat mencari keampunan dan keredhaan Allah SWT sebagaimana kita usahakan dalam Ramadan tempoh hari?

“Sesungguhnya pintu rahmat dan keampunan Allah SWT itu sangat luas dan sentiasa terbuka kepada hambaNya yang tekun dan gigih untuk mendapatkannya.

“Allah SWT berfirman dalam Surah Taha ayat 82, maksudnya ‘Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk diberikan kepadanya’,” menurutnya.

Menerusi khutbah itu, ia mengajak umat Islam mengimbas kembali suasana ketika Ramadan lalu yang menyaksikan masjid dan surau meriah dipenuhi jemaah.

Ketika itu, katanya, seluruh lapisan masyarakat dari kanak-kanak hingga dewasa, hadir memenuhi masjid dan surau untuk melaksanakan solat secara berjemaah.

Umat Islam juga, tegasnya, berlumba-lumba bersedekah dan menginfaqkan harta masing-masing, selain menjaga diri dengan sebaiknya ketika berada dalam bulan berkenaan.

“Namun, situasinya berubah apabila masuknya kita ke Syawal. Masjid kembali sepi dengan kehadiran jemaah. Ke manakah menghilangnya semangat dan kesungguhan meraih keampunan Allah SWT? Ingatlah bahawa kita beribadah bukan semata-mata kerana adanya Ramadan, tetapi kita beribadah sebagai menuruti perintah Allah SWT.

“Allah SWT juga mengingatkan supaya tidak melupakan segala perintah-Nya dan meninggalkan amal kebaikan yang menjadi penyelamat kepada kita di akhirat kelak,” katanya. – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad