web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejayaan KKM Diraih Hasil Muafakat Bersama Capai Matlamat ‘Kesihatan Untuk Semua’ - Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 6:11PM

Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM dan pihak berkenaan membincangkan perkara berkaitan perkhidmatan, sumber serta hala tuju PKB - Gambar Facebook Dr Zaliha Mustafa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengadakan sesi ‘townhall’ bersama Profesional Kesihatan Bersekutu (PKB) bagi membincangkan beberapa topik bagi memperkasakan sistemnya.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pada sesi dilaksanakan secara harmoni itu, KKM dan pihak berkenaan membincangkan perkara berkaitan perkhidmatan, sumber serta hala tuju PKB.

“Segala pandangan dan maklum balas diterima diambil maklum serta ia amat bermakna buat saya dan KKM secara khususnya dalam penambahbaikan keperluan profesion ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, perkhidmatan kesihatan bersekutu bukan hanya sekadar satu bentuk perkhidmatan sokongan, malah menjadi cabang tunjang bagi perkhidmatan kesihatan.

“Memetik mutiara kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, ‘Kesihatan untuk Semua’ (Health for All) adalah selaras dengan nilai dan prinsip Malaysia MADANI, di mana kerajaan mengiktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia yang penting bagi mencapai kehidupan bermaruah,” katanya.

Dr Zaliha berkata, kejayaan pasukan adalah hasil muafakat bekerja bersama ke arah mencapai satu matlamat, iaitu Kesihatan untuk Semua.

“Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, sesi itu turut menyentuh mengenai empat tonggak utama yang harus setiap dari warga KKM maklum berkaitan Kertas Putih Kesihatan.

“Ia adalah Mentransformasikan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan, Mempertingkat Promosi Kesihatan dan Pencegahan Penyakit, Memastikan Pembiayaan Kesihatan Mampan dan Saksama serta Memperkukuhkan Asas Sistem Kesihatan dan Tadbir Urus,” katanya. – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar