web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kematian Aktivis Palestin: Umat Islam Diajak Nyatakan Solidariti, Sokongan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 3:57PM

Selasa lepas, media antarabangsa melaporkan Khader Adnan meninggal dunia ketika dalam tahanan di penjara Israel selepas 86 hari mengadakan mogok lapar - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengajak umat Islam di negara ini untuk menyatakan solidariti dan sokongan terhadap rakyat Palestin yang masih dipenjara tanpa perbicaraan, semata-mata kerana berjuang menuntut kemerdekaan.

Dalam kenyataan hari ini bagi menzahirkan ucapan takziah atas pemergian aktivis Palestin, Sheikh Khader Adnan, beliau berkata semua pihak perlu mengutuk tindakan rejim Israel itu. 

Katanya ia sebagai isyarat jelas bahawa masyarakat dunia menolak sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan walau dalam apa jua ruang yang ada.

“Adalah amat menyedihkan tahanan Palestin di penjara Israel termasuk golongan wanita dan kanak-kanak terus ditindas oleh rejim Israel.

“Kezaliman serta penyeksaan yang diperlakukan kepada tahanan Palestin adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia,” katanya.

Selasa lepas, media antarabangsa melaporkan Khader Adnan meninggal dunia ketika dalam tahanan di penjara Israel selepas 86 hari mengadakan mogok lapar bagi membantah penahanan sewenang-wenangnya rakyat Palestin oleh rejim Israel serta layanan kejam terhadap tahanan.

Mohd Na’im menyifatkan kecuaian serta keengganan pihak berkuasa Israel untuk menyediakan kemudahan perubatan sehingga menyebabkan kematian aktivis itu, sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 24 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar