web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Telco Sambut Baik Langkah Kerajaan Laksana Dwirangkaian 5G

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 9:23PM

TM berkata pelaksanaan 5G di Malaysia menyaksikan bagi fasa pertama, 80 peratus daripada liputan perkhidmatan akan disediakan oleh Digital Nasional Bhd (DNB), manakala fasa kedua akan beralih kepada dua rangkaian - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) akan bekerjasama rapat dengan kerajaan dan industri bagi memastikan kejayaan pelaksanaan perkhidmatan 5G dua fasa di negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, TM berkata pelaksanaan 5G di Malaysia menyaksikan bagi fasa pertama, 80 peratus daripada liputan perkhidmatan akan disediakan oleh Digital Nasional Bhd (DNB), manakala fasa kedua akan beralih kepada dua rangkaian.

“TM menyokong keputusan kerajaan untuk melaksanakan 5G secara dua fasa. Kami berharap untuk meneruskan peranan aktif dalam pelaksanaan 5G, memanfaatkan infrastruktur fiber di seluruh negara, platform digital yang meluas dan pengalaman pelaksanaan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB telah mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Fahmi berkata mesyuarat Kabinet hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa pelaksanaan 5G di bawah rangkaian tunggal akan diteruskan sehingga akhir 2023, manakala peralihan kepada model dwirangkaian akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, CelcomDigi Bhd berkata pihaknya mengakui keperluan untuk memperkenalkan 5G yang efisien berdasarkan model baharu yang dipertingkat. 

“Langkah ini akan menawarkan liputan yang luas dan komprehensif, penerimagunaan yang menggalakkan dan memastikan kemampuan perkhidmatan 5G kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

U Mobile Sdn Bhd turut menyambut baik langkah kerajaan untuk beralih kepada dua rangkaian 5G seawal Januari 2024 berikutan pihaknya percaya langkah itu akan meningkatkan kecekapan dan menggalakkan penerimagunaan yang lebih baik kepada pengguna dan perusahaan.

“Selain itu, dwirangkaian 5G akan meningkatkan daya saing pasaran, mendorong kepada prestasi infrastruktur rangkaian yang lebih baik dan meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Maxis Bhd berkata pihaknya komited untuk bekerjasama dengan industri bagi mempercepat pelaksanaan 5G negara sejajar dengan aspirasi digital kerajaan.

“Syarikat mengakui kepentingan pelaksanaan 5G yang efisien dan manfaat ekonomi yang akan dibawa untuk semua rakyat Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 49 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar