Berita Terkini

15 minit yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 16 minit yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 16 minit yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 17 minit yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 2 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Selepas Liputan DNB Capai 80 Peratus Kawasan Berpenduduk

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 5:32PM

Fahmi Fadzil berkata peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) telah mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa pelaksanaan 5G di bawah rangkaian tunggal akan diteruskan sehingga akhir 2023 apabila liputan dijangka mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk.

Fahmi berkata peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.

“(Kepelbagaian rangkaian) bukan sahaja untuk rakyat, malah juga untuk sektor perindustrian yang merupakan antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G.

“Keputusan ini dibuat dengan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan dan inovasi berasaskan teknologi 5G secara komprehensif,” katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan 5G di sini hari ini.

Anwar sebelum ini mengarahkan pelan pelaksanaan 5G disemak semula kerana tidak dilaksanakan secara telus oleh kerajaan sebelum ini dan ketiadaan proses tender sewajarnya.

Fahmi berkata model itu turut mengambil kira kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB.

“Selaras dengan prinsip utama yang digariskan dalam ucapan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, peralihan ini dapat memanifestasikan keterangkuman melalui penyertaan penuh penyedia perkhidmatan tanpa menjejaskan langganan 5G sedia ada pada kadar yang berpatutan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan DNB serta pihak penyedia perkhidmatan bagi memastikan peralihan kepada model dwirangkaian berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan kepentingan rakyat dan keyakinan pelabur.

Fahmi berkata kerajaan juga telah memutuskan satu entiti atau rangkaian baharu boleh diwujudkan selepas 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dicapai.

Beliau berkata pelaksanaan 5G fasa dua yang dijangka bermula Januari 2024 itu akan dibuat menerusi entiti baharu yang akan dikenal pasti kelak, dengan segala proses dibuat secara tender terbuka.

“Syarat am yang menjadi tunjang teras kepada sistem dalam pelaksanaan 5G antaranya adalah harga berpatutan kepada rakyat.

“Akhirnya, (rakyat) ingin tahu berapa kena bayar… telah sebut bagi DNB, harga borong per gigabit (GB) adalah lebih kurang 12 ke 13 sen dan itu juga asas bagi entiti (baharu),” katanya. 

Beliau turut menyatakan keyakinan pelaksanaan 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023 dapat dilaksana memadangkan ketika ini jumlah capaian adalah 57.8 peratus setakat hujung Mac lepas. 

“Apa yang paling utama adalah pelaksanaan 5G ini tidak ada gangguan kepada pelanggan,” katanya.

Ditanya syarikat mana yang ingin mendapatkan projek 5G di negara ini, beliau menjelaskan tidak mengetahui perkara itu namun menegaskan tidak akan melayan sebarang usaha melobi pelaksanaan 5G di Malaysia.

“Untuk berlaku adil Ericsson (kontrak) diberikan melalui proses tender. Saya fikir itu perlu ditekankan… ia melalui proses tender,” katanya.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Rangkaian 5G Capai 62.1 Peratus Liputan Setakat Akhir Mei 2023 - Fahmi

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pasukan Petugas Tumpu Isu Perjanjian Akses 5G, Penyertaan Ekuiti Dalam DNB

3

Ekonomi 1 minggu yang lalu

CelcomDigi Mulakan Program Integrasi, Modenkan Rangkaian Terbesar 4G

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Peralihan Dwirangkaian 5G: Implikasi Kewangan Kerajaan Dikurangkan - PM

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kerajaan Timbang Tanam Padi 5 Musim, Sedang Nilai Kaedah Pelaksanaan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 minit yang lalu

Kenyataan Simplistik Tanpa Fakta Ahmad Maslan Punca UMNO Tewas PRU-15 

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Tuntutan Palsu Azlan Man Di Kangar Dibicara Bersama Kes Amla Di Mahkamah Kuala Lumpur

Semasa 1 hari yang lalu

MPI: The Vibes Menang 2 Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas

oleh Farhana Farush dan Susan Albert