Berita Terkini

36 minit yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 37 minit yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


Undang-Undang Pertingkat Hak Pekerja, Mengiktiraf Kesatuan Sekerja Harus Diperkasa - SPCAAM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 1:40PM

Callistus Antony D’Angelus berkata, sudah terlalu lama majikan menyalahgunakan sistem dan terlibat dalam taktik penangguhan, selain kempen antikesatuan kejam untuk menggagalkan kesatuan sekerja yang ditubuhkan pekerja - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hasrat kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia, pastinya turut memberi keyakinan dan harapan kepada golongan pekerja dalam melihat perubahan sebenar untuk manfaat golongan itu, terutama pemerkasaan hak mereka.

Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D’Angelus berkata, ia kerana sudah terlalu lama majikan menyalahgunakan sistem dan terlibat dalam taktik penangguhan, selain kempen antikesatuan kejam untuk menggagalkan kesatuan sekerja yang ditubuhkan pekerja.

Katanya, setiap tahun tanpa gagal semasa sambutan Hari Buruh, anggota pentadbiran kerajaan akan membuat kenyataan memuji sumbangan pekerja ke atas ekonomi negara.

“Mereka juga akan bercakap tentang keperluan untuk meningkatkan hak pekerja dan kesatuan sekerja di negara ini.

“Malah, boleh dijangkakan bahawa tiada apa yang benar-benar akan berlaku selepas itu dalam erti kata sebenar, di mana kenyataan itu tidak lebih daripada kenyataan politik.

“Bagaimanapun, kali ini, mesti ada sedikit harapan bahawa kita akan melihat perubahan sebenar. Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar telah bercakap secara khusus mengenai keperluan untuk meminda proses pengiktirafan kesatuan pekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, proses mahkamah biasanya digunakan untuk mengheret tuntutan pengiktirafan kesatuan sekerja serta bagi melemahkan pekerja dan kesatuan sekerja.

Dengan sumber kewangan di pihak majikan, katanya, mereka mempunyai kelebihan besar untuk berbuat sedemikian.

Justeru, beliau berkata, bagi mengatasi perkara itu, aktiviti antikesatuan mesti dijadikan jenayah dan majikan yang terbabit dengan perkara berkenaan, mesti bertanggungjawab secara peribadi.

“Undang-undang harus dikuatkuasakan dan sebaik sahaja pegawai syarikat yang terbabit dalam aktiviti pemusnahan kesatuan didakwa di mahkamah, kita boleh memiliki keyakinan untuk melihat aktiviti sedemikian yang merupakan pelanggaran hak asasi manusia, harus dihentikan.

“Malah, sebaik sahaja tuntutan untuk pengiktirafan kesatuan dibuat, satu proses pengesahan keahlian hendaklah dijalankan dan jika kesatuan sekerja mempunyai (jumlah) majoriti mudah pekerja sebagai ahli mereka, kesatuan itu hendaklah diberi pengiktirafan oleh undang-undang.

“Ia juga harus termaktub dalam perundangan bahawa proses itu tidak boleh mengambil masa lebih daripada 90 hari. Perlu ada hanya satu kesatuan yang mewakili kelas pekerja yang sama dalam mana-mana satu syarikat,” katanya.

Callistus berkata, membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja yang mewakili kelas pekerja sama adalah satu lagi bentuk pemusnahan kesatuan sekerja, selain menginstitusikan pemusnahan kesatuan sekerja di negara ini.

Menurutnya, banyak syarikat juga dengan berani menggalakkan pekerja tidak menyertai kesatuan sekerja dan menikmati faedah daripada apa diperoleh kesatuan sekerja melalui perjuangan mereka.

Bagi hak pekerja juga katanya, undang-undang harus dipinda untuk menghalang ahli bukan kesatuan daripada menikmati faedah sama dengan ahli kesatuan, memandangkan ia sekali lagi merupakan satu lagi bentuk pemusnahan kesatuan.

“Beberapa syarikat berkaitan kerajaan juga sedia terkenal dengan aktiviti pemusnahan kesatuan sekerja.

“Sivakumar harus meminta Kabinet agar memulihkan hak tawar-menawar untuk semua kesatuan sekerja sektor awam.

“Pada masa ini, kesatuan sektor awam adalah kesatuan umpama itik tempang dan jika kerajaan benar-benar serius untuk memulihkan maruah pekerja, keadaan itu harus berubah,” katanya.

Mengulas lanjut, Callistus berkata, penggunaan pekerja kontrak dan asing yang kini diamalkan majikan untuk menghalang penubuhan kesatuan sekerja, harus dikawal dengan ketat.

Penggunaan pekerja kontrak juga, katanya, harus dijadikan sebagai satu tindakan menyalahi undang-undang, kecuali untuk situasi pekerjaan itu benar-benar untuk tempoh tetap.

Jelasnya, sekiranya majikan menggaji pekerja asing, golongan tenaga buruh itu mesti mempunyai semua hak sama seperti pekerja Malaysia, di mana membabitkan hak membentuk dan menyertai kesatuan sekerja.

“Undang-undang mesti digunakan dalam erti kata sebenar. Tidak sukar untuk perubahan sedemikian dibuat yang akan menjadi kepentingan pekerja dan negara secara amnya.

“Ia memerlukan iltizam politik dan dengan hasrat kerajaan Anwar Ibrahim meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia, sudah tiba masa untuk secara serius, jujur serta bertindak dengan segera dan berintegriti,” katanya. – Getaran, 3 Mei 2023

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Ahli Politik Seperti Pahlawan Di Medan Perang, Kritikan Diberi Umpama Menghunus Pedang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

5 Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Sibu

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Perlu Buat Laporan Polis Berhubung Perkataan ‘Lucah’ Hokkien Disebut Sanusi – Rayer

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Kereta Api India: Malaysia Sampaikan Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad