web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CUEPACS Usul Kurangkan Tempoh Perkhidmatan Pekerja Kontrak Untuk Lantikan Tetap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 2:35PM

CUEPACS mengusulkan agar tempoh perkhidmatan pekerja kontrak perkhidmatan awam untuk ke lantikan tetap dikurangkan dari 15 ke 10 tahun - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengusulkan agar tempoh perkhidmatan pekerja kontrak perkhidmatan awam untuk ke lantikan tetap dikurangkan dari 15 ke 10 tahun.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia antara usul yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat dan sekiranya diluluskan, kira-kira 30,000 kakitangan awam berstatus kontrak di pelbagai kementerian akan dapat diserapkan ke jawatan tetap.

“Sebelum ini satu dasar telah diluluskan iaitu pekerja kontrak boleh diberi jawatan tetap selepas berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas secara ‘one-off’.

“Namun, agak malang pada hari ini terdapat sebahagian pekerja yang telah melangkaui 10 tahun tempoh perkhidmatan tiba-tiba tidak disambung sedangkan masih mampu lagi berkhidmat selama lima tahun bagi mendapat lantikan tetap,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja CUEPACS yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed di sini hari ini, Adnan berkata semasa kerajaan terdahulu, terdapat juga kakitangan kontrak yang telah berkhidmat selama lebih 10 tahun yang turut dicadangkan diberi lantikan tetap secara ‘one-off’ namun tidak dilaksanakan.

“Amat tidak adil kerana kita telah menggunakan perkhidmatan mereka dan apabila tiba pada satu tarikh untuk mencapai hampir 15 tahun atau 10 tahun dan tidak dilantik… maknanya, ruang dan peluang mereka itu telah ditiadakan,” katanya.

Adnan berkata pihaknya juga akan mengemukakan usul untuk memansuhkan potongan elaun Sara Hidup (COLA) bagi penjawat awam yang mendiami kuarters kerajaan. 

Menurutnya, pada masa kini, penjawat awam yang menduduki kuarters dipotong dua jenis elaun iaitu Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan COLA.

“Jadi bagi kami cukuplah kerajaan membuat potongan ITP sahaja dan ini dapat memberi kelegaan kerana terdapat lebihan wang bagi menampung perbelanjaan,” katanya. 

Pembayaran kuarters dibuat oleh setiap kementerian dan jabatan melalui pemotongan elaun iaitu sebanyak 75 peratus bagi ITP dan 50 peratus bagi COLA berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2015 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). 

Sementara itu, Adnan turut berharap kerajaan akan mempertimbangkan kaedah guna sama kuarters melangkaui kementerian bagi memenuhi permintaan terhadap tempat kediaman tersebut terutamanya di bandar besar.

“Di Putrajaya sahaja, senarai menunggu untuk mendapatkan kuarters adalah lebih 23,000 dan begitu juga di bandar-bandar besar yang lain seperti Kuala Lumpur. Justeru, wajar kuarters yang dibuat mengikut kementerian ini dibuka kepada kakitangan awam lain sebab ada sesetengah unit masih ada kekosongan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Kaji Gubal Akta Muzik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

CUEPACS Bantah Benarkan Pelajar Asing Bekerja Di Malaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sudahlah Mengaku Guna Kabel, Sempat Pula Ke Karaoke!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

CUEPACS Harap KPPA Baharu Beri Keutamaan Segerakan Pelaksanaan Kadar Upah Yang Adil

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad