web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


CUEPACS Bantah Benarkan Pelajar Asing Bekerja Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 4:26PM

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk Adnan Mat. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membantah sebarang cadangan membenarkan pelajar asing bekerja di Malaysia, bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, perkara itu bukan sahaja menidakkan peluang rakyat tempatan, bahkan merugikan negara yang sudah melakukan pelaburan tinggi melalui institusi pengajian tinggi tempatan demi melahirkan graduan tempatan berkemahiran tinggi.

Beliau berkata, dasar membenarkan pelajar asing untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor teknologi tinggi sebagai satu langkah ke belakang, selain boleh mengakibatkan graduan tempatan menerima gaji yang lebih rendah serta meningkatkan kadar pengangguran rakyat tempatan pada masa hadapan.

"Pelbagai program telah diwujudkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan dengan nilai pelaburan besar, bagi melahirkan graduan tempatan berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi kerajaan.

"Negara ketika ini sudah berada di landasan yang tepat dalam melahirkan graduan tempatan yang berkemahiran tinggi dan tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga kerja asing," katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), baru-baru ini dilapor sedang mempertimbangkan kebenaran kepada graduan antarabangsa untuk bekerja di negara ini, bagi menampung kekurangan tenaga mahir di beberapa sektor termasuk elektrik dan elektronik (E&E).

Mengulas lanjut, Adnan turut mempersoalkan segelintir majikan yang lebih sanggup membayar gaji yang tinggi kepada pekera asing, sedangkan kualiti pekerja tempatan adalah lebih baik.
"Pilih kasih atau double standard dalam isu upah ini, mengakibatkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk berhijrah ke luar negara," katanya.

Beliau juga meminta kerajaan menguatkuasakan gaji minimum yang lebih berbaloi kepada pekerja berkemahiran tinggi tempatan, bagi menyokong dasar-dasar pembangunan sumber manusia yang dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi tempatan.

Manakala data-data yang dikumpulkan menerusi Pangkalan Data Utama (PADU), boleh dijadikan sandaran untuk menganalisis keupayaan sumber tenaga negara dan kadar upah yang bersesuaian, untuk dikecapi oleh rakyat Malaysia di masa hadapan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

CUEPACS Harap KPPA Baharu Beri Keutamaan Segerakan Pelaksanaan Kadar Upah Yang Adil

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sistem Saraan Baharu Bantu Penjawat Awam Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Lihat Penjawat Awam Sebagai Musuh, Hargai Sumbangan Untuk Negara 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5,000 Penjawat Awam Lantikan Kontrak Diserap Ke Jawatan Tetap - MB Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek