web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Perlu Berganding Bahu Perkukuh Agenda Perpaduan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 9:45AM

Kerajaan boleh melaksanakan pelbagai usaha untuk mencapai agenda besar itu namun tanpa sokongan dan dukungan daripada rakyat, konsep perpaduan sebenar yang ingin dikecapi tidak akan berjaya sepenuhnya - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agenda memperkukuh perpaduan negara tidak seharusnya diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya rakyat pelbagai latar belakang dan kaum di negara ini perlu bersama-sama memainkan peranan masing-masing ke arah itu.

Pakar Sosial Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata kerajaan boleh melaksanakan pelbagai usaha untuk mencapai agenda besar itu namun tanpa sokongan dan dukungan daripada rakyat, konsep perpaduan sebenar yang ingin dikecapi tidak akan berjaya sepenuhnya.

Beliau berkata antara peranan yang boleh dimainkan rakyat termasuk memahami dan menerima hakikat kepelbagaian sosiobudaya, kepercayaan dan pencapaian ekonomi yang berbeza dalam kalangan rakyat di negara ini serta berusaha menghindar daripada menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.  

“Bercakap tentang perpaduan, negara ini sememangnya dikenali dengan komposisi pelbagai bangsa dan agama, kita tidak menghalang atau mengkritik sesama kita sebaliknya masing-masing mempunyai kebebasan untuk amalkan apa sahaja budaya dan adat resam selagi tidak jejaskan masyarakat lain… dari situlah bagaimana negara bangsa terbentuk,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia berkata peranan rakyat dalam menyokong agenda perpaduan negara kini sememangnya diharapkan susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang ingin mencapai agenda itu menerusi prinsip Malaysia MADANI.

Katanya pembentukan Kerajaan Perpaduan merupakan senario baharu politik negara iaitu kerajaan campuran terpaksa dibentuk susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang berakhir dengan tiada satu parti politik pun memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.          

“Senario ini lebih menyerlah apabila buat julung kalinya sejak kita mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun lepas, Kerajaan Perpaduan terbentuk dengan tiada satu parti politik menang majoriti… dan daripada situlah kita dapat lihat mereka (pemimpin politik) perlu bersatu serta bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Justeru, Mohammad Shatar berkata dalam keghairahan memperkatakan tentang perpaduan, semua pihak perlu memahami bahawa perlu ada keseimbangan agar ‘adunan’ perpaduan yang hendak diwujudkan tidak menimbulkan sebarang elemen kecil hati atau mengguris mana-mana bangsa.

Menurut Mohammad Shatar, disebabkan setiap bangsa dan agama itu tidak berada dalam kedudukan sama, maka fungsi kerajaan adalah untuk memastikan keseimbangan berlaku supaya adunan perpaduan dapat direalisasikan dalam konteks yang sebenar.

“Kita sebagai masyarakat jangan sesekali menempelak kerajaan kalau kita rasa kerajaan berikan sedikit keutamaan kepada sesuatu bangsa, sebab bukan tujuan untuk memberikan kelebihan sebaliknya untuk pastikan terdapatnya keseimbangan dalam setiap komposisi masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata rakyat mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan yang telah terbina selama ini dan tidak harus menjadikan diri mereka sebagai ‘api dalam sekam’ dalam negara dan kepada anak bangsa sendiri.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata rakyat mahukan keselesaan, hak anak-anak mendapatkan pelajaran, mempunyai pekerjaan dan sebagainya dan atas asas-asas berkenaan seharusnya membuatkan rakyat bersikap positif serta matang untuk mewujudkan kestabilan dalam negara.

“Kalau boleh, rakyat yang mempunyai pemikiran positif perlu berkongsi idea menerusi media sosial dengan menekankan semangat perpaduan kerana ini menjadi platform rakyat hari ini untuk bersuara, bukan lagi turun ke jalanan dan sebagainya…. saya kira ini juga secara tidak langsung dapat menewaskan ‘suara-suara’ negatif yang timbul melibatkan perpaduan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad