web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fahmi Ingatkan Media Sahkan Informasi, Sumber Sebelum Terbit Berita

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:04AM

Fahmi Fadzil berkata, pengesahan itu penting bagi memastikan berita disiarkan tidak menimbulkan isu, seperti kes yang menyaksikan penyanyi, Siti Nurhaliza Taruddin menafikan kandungan artikel mengaitkan dirinya dengan majlis politik di Kedah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengamal media diingatkan agar sentiasa mengesahkan informasi dan sumber untuk bahan berita mereka sebelum menerbitkan sebarang artikel.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pengesahan itu penting bagi memastikan berita disiarkan tidak menimbulkan isu, seperti kes yang menyaksikan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menafikan kandungan artikel mengaitkan dirinya dengan majlis politik di Kedah.

“DS (Datuk Seri) Siti Nurhaliza tegur ROTIKAYA mengenai berita palsu yang ditulis laman itu. Malangnya berita palsu ini tersebar sejak semalam dan menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti. Malah ada yang percaya dan ada juga jadikannya bahan politik.

“Rakan-rakan media diingatkan agar sentiasa mengesahkan info dan sumber sebelum menerbitkan berita supaya tidak timbul isu seperti ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Beliau berkata, sebarang pelanggaran dalam penerbitan berita juga membawa risiko untuk pengamal media berdepan tindakan undang-undang.

“Tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran,” katanya.

Menerusi hantarannya di InstaStory malam tadi, Siti Nurhaliza mengingatkan portal berita, ROTIKAYA supaya tidak meneruskan penerbitan berita palsu berhubung kehadirannya ke sebuah acara di Kedah kerana beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti didakwa.

“@rotikaya jangan panjangkan berita palsu dan saya tak pernah buat statement (kenyataan) itu,” katanya.

Kenyataan palsu dibuat di sebuah akaun media sosial itu mendakwa kononnya Siti Nurhaliza memaklumkan beliau tidak menyangka sebuah acara dihadirinya di negeri berkenaan, adalah majlis politik.

“Saya hadir malam tadi hanya dijemput untuk memeriahkan majlis, tak sangka pula ianya adalah seperti majlis politik. Saya tetap menghormati warga Kedah yang saya hadiri semalam, tanpa ada apa-apa niat politik dan saya tetap menyatakan pendirian untuk menghormati kerajaan negeri,” menurut dakwaan palsu itu.

Malah, menerusi reaksi lanjutnya terhadap perkara terbabit, penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu mempersoalkan tindakan berkenaan dan meminta ia dihentikan.

“Siapalah yang pandai-pandai edit fake news (sunting berita palsu) ni, gunakan nama Facebook saya (yang verified) dan forward merata-rata dan yakinkan orang ini posting sebenar. Ini FAKE.

“Cukup-cukuplah semua perkara nak dibuat macam ni, saya ni penyanyi, hiburkan semua orang. Bulan Syawal ni, bulan jalinkan silaturahim bukan sebar-sebar berita palsu,” tulisnya. – Getaran, 1 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan