Berita Terkini

5 minit yang lalu: Anwar hadiri Perhimpunan Agung UMNO 7 minit yang lalu: KPDN rampas barangan berjenama tiruan di Butterworth 8 minit yang lalu: MBI, Petronas Gas meterai MoU bangun loji jana kuasa hidro mini, selenggara terminal 9 minit yang lalu: Lelaki kasari pemandu wanita dipenjara seminggu 10 minit yang lalu: Bekas mufti Perlis meninggal dunia

IKUTI KAMI


Penutupan Sekolah Dibenarkan Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 7:37PM

Selain sekolah rendah, menengah dan prasekolah, garis panduan itu terpakai kepada semua institusi pendidikan di bawah KPM, termasuk kolej vokasional, kolej tingkatan enam, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan kementerian - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan penutupan sekolah sekiranya cuaca panas yang melanda negara ketika ini, berada pada status gelombang haba dan tahap Amaran Kedua, iaitu suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut

Penetapan kebenaran itu dikeluarkan menerusi surat siaran kementerian berkenaan berhubung Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Bawah Bawah KPM Semasa Cuaca Panas yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili.

Katanya, selain sekolah rendah, menengah dan prasekolah, garis panduan itu terpakai kepada semua institusi pendidikan di bawah KPM, termasuk kolej vokasional, kolej tingkatan enam, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan kementerian.

“Surat siaran ini berkuat kuasa serta merta mulai tarikh surat siaran ini dikeluarkan (28 April).

“KPM sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid (serta pelajar, guru dan pensyarah) semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang melanda negara.

“Fenomena ini adalah keragaman iklim (climax viability) yang berlaku secara tidak tetap (irregular). Keadaan cuaca panas yang berlaku boleh mencetuskan gelombang haba (heatwave) yang memudaratkan kesihatan, seperti hipertermia atau strok haba dan dehidrasi sehingga boleh membawa maut,” menurut surat siaran itu.

Menerusi garis panduan penutupan institusi di bawah KPM itu, dinyatakan bahawa sekiranya berlaku status suhu harian bagi cuaca panas pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut, pentadbir hendaklah menghentikan semua aktiviti luar membabitkan murid, guru serta pensyarah.

Antara contoh aktiviti luar tidak sesuai dilaksanakan itu adalah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian

Pada masa sama, ia menetapkan penutupan institusi pendidikan akibat cuaca itu, hendaklah dimaklumkan pentadbir kepada pendaftar serta-merta secara lisan dan bertulis menggunakan medium sesuai.

Surat pemakluman itu hendaklah dilampirkan bersama dokumen sokongan yang menjelaskan mengenai proses penilaian risiko dijalankan, sebelum keputusan menutup institusi pendidikan dibuat pentadbir.

Malah, pentadbir sekolah hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga berkaitan penutupan atau pembukaan institusi pendidikan, atas sebab status suhu harian dengan segera secara bertulis atau apa-apa medium komunikasi sesuai.

KPM memaklumkan, ibu bapa dibenarkan membawa anak ke hospital atau pulang ke rumah jika pelajar didapati tidak sihat ketika berada di sekolah.

Selain itu, pentadbir perlu memastikan bilik mempunyai pengudaraan baik, termasuk sentiasa memantau tahap kesihatan murid bagi mengelak sebarang risiko berkaitan strok haba berlaku serta penyakit lain.

Garis panduan itu diharap dapat memastikan pengurusan penutupan institusi pendidikan dapat dilaksanakan secara teratur.

Dalam situasi itu, pentadbir perlu menetapkan tarikh hari ganti persekolahan dan memaklumkan tarikh terbabit kepada pendaftar.

Kelmarin, Getaran melaporkan, KPM mengarahkan pelaksanakan tujuh langkah sebagai persediaan dalam penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid semasa negara berdepan cuaca panas serta jerebu, termasuk menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu tinggi.

Menerusi kenyataannya, KPM memaklumkan arahan itu sudah diberikan menerusi peringatan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan di bawah kendaliannya.

Katanya, pihak terbabit juga diminta memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

“Bagi kawasan yang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah melibatkan murid hendaklah dihentikan.

“(Arahan itu juga termasuk) Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri.

“(Selain itu), menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti sesuai bagi mengawal suhu badan,” katanya. – Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Cuaca Panas: Solat Hajat Mohon Doa Kesejahteraan Diadakan Esok - Na'im

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Buli: Polis Siasat Sama Ada Wujud Penglibatan Kongsi Gelap

3

Usahawan 2 minggu yang lalu

3 Beradik Tidak Menang Tangan Pasang, Baik Pulih Penyaman Udara Pada Musim Kemarau

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerosakan 36 Sekolah Akibat Ribut Akan Dinilai, Dibaiki Segera - KPM

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

MB Johor, Anthony Anggap Jocelyn Biadap, ‘Masih Lagi Nak Menegakkan Benang Basah’

oleh Farhana Farush

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Disyaki Dera Bayi Perempuan Teman Wanita Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Masalah Sudah Selesai, Tiada Keperluan DAP Minta Maaf Kepada UMNO – Zahid

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 5 jam yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara