web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Henti Sikap Suka Salahkan Kerajaan, ‘Tanya Diri Apa Boleh Kita Lakukan…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 3:44PM

Dr Noor Azlan Ghazali berkata, tanggungjawab membina negara bukan sahaja terletak di bahu kerajaan, malah turut dipikul pelbagai kelas masyarakat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelbagai pihak, khususnya pengusaha industri harus bersatu hati membawa negara ini keluar daripada kemelut ekonomi dan tidak lagi menuding jari dengan menyalahkan kerajaan semata-mata. 

Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, tanggungjawab membina negara bukan sahaja terletak di bahu kerajaan, malah turut dipikul pelbagai kelas masyarakat.

Menurut beliau, pihaknya menyakini sudah terlalu ramai mengherdik pemimpin dan kerajaan sebelum ini mahupun sekarang, sehingga dijiwai oleh pemikiran sempit serta negatif. 

“Pemikiran kita dibelenggu dengan sempadan yang sempit, mesti salah kerajaan. Lebih terbelenggu akan melompat ke cerita politik. Itulah segalanya, jawapan untuk Malaysia. 

“Saya yakin setiap rakyat, industri, pemilik firma, dan kerajaan semua ada bahagian yang membawa Malaysia ke sini. Tidak mungkin kerajaan sahaja. Apa silap dan apa boleh kita ubah untuk negara dapat segera keluar dari kemuraman ekonomi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Noor Azlan berkata, Malaysia perlu segera keluar dari kemuramam ekonomi susulan ketika ini tidak semua mendapat faedahnya walaupun negara sedang membangun. 

Jelasnya, itu menjadikan keupayaan untuk Malaysia muncul sebagai negara hebat, disegani dan dicontohi masyarakat global semakin tergugat serta mencabar.

“Seperti melepas batok di tangga. Kerja separuh jalan, amanah tak disempurnakan, tugasan tidak disiapkan, melepaskan tanggungjawab kepada orang lain, tindakan yang menyusahkan orang lain serta tidak bertanggungjawab.

“Saya amat yakin semua masalah dan rintangan yang menghalang negara kita dari membangun dengan lebih pantas sudah kita kenalpasti sekian lama. Tidak ada masalah baharu. Masalah lama sama serta berulang-ulang,” katanya. 

Sehubungan itu, Noor Azlan Ghazali berkata, semua pihak ketika ini perlu bersama menyemarakkan usaha membawa keluar Malaysia daripada segala kekurangan ekonomi.

Meskipun tidak semua manfaat pembangunan negara dapat dinikmati setiap rakyat, katanya, Malaysia mempunyai pengalaman dan asas pembangunan hebat.

“Malaysia punya pengalaman dan asas pembangunan yang hebat. Kita ada potensi untuk melonjak. Kita ada kekuatan. Masih ada ruang tetapi mesti bermula segera. 

“Kita perlu tanya diri kita, Apa yang boleh kita lakukan’? Sudahlah berbalah. Cukuplah. Mari bersama kita jaga negara kita,” katanya. - Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 31 minit yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar