web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rumah Terbuka Malaysia MADANI Diharap Dapat Eratkan Lagi Hubungan Kerajaan Kedah Dan Persekutuan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 7:06PM

Fahmi Fadzil berkata suasana yang dilihat pada rumah terbuka itu sangat positif serta meriah, ditambah dengan kehadiran Perdana Menteri yang turut beramah mesra menyantuni pengunjung - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Kedah hari ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri Kedah dengan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata suasana yang dilihat pada rumah terbuka itu sangat positif serta meriah, ditambah dengan kehadiran Perdana Menteri yang turut beramah mesra menyantuni pengunjung.

"Harapan saya dari suasana yang sangat positif ini, hubungan silaturahim dalam kalangan dan sesama rakyat Kedah dapat dieratkan, dan juga hubungan antara kerajaan negeri (Kedah) dan Kerajaan Persekutuan akan bertambah baik, insya-Allah saya percaya.

"Saya lihat Perdana Menteri juga banyak meluangkan masa... beliau tiba sejam awal ke lokasi untuk bertemu dengan semua yang hadir, pergi khemah ke khemah, meja ke meja untuk melihat sendiri, dan itu adalah memang stail Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka itu di Hotel Raia di sini hari ini.

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan untuk berangkat ke majlis hari ini.

Antara Menteri Kabinet yang menghadiri rumah terbuka itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Majlis turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sementara itu Fahmi berkata penganjuran rumah terbuka itu di enam negeri termasuk Kedah itu tidak ada kaitan dengan politik, sebaliknya ia dianjurkan bagi tujuan mendekati rakyat dan memahami permasalahan mereka.

"Sudah pasti dalam keadaan (sambutan) Aidilfitri di Putrajaya (Seri Perdana) sahaja, sukar bagi mereka yang di Kedah untuk datang bersama. Jadi niat Perdana Menteri sebagai seorang yang sangat berjiwa rakyat, bukan retorik, itu adalah realiti beliau, maka harapan beliau adalah untuk pergi ke negeri-negeri.

"Sebagai contoh esok beliau akan ke Sabah. Walaupun Sabah tidak dinyatakan dalam senarai tetapi beliau pergi dan akan bersama-sama dalam program sambutan Aidilfitri di negeri Sabah," katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau percaya rakyat akan memberikan peluang kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar dalam PRN nanti kerana melihat prestasi positif sepanjang tempoh enam bulan menerajui kepimpinan di Putrajaya, antaranya masalah inflasi terkawal setakat tempoh itu.

"...inflasi telah menurun ke 3.4 peratus bulan lepas, ini adalah satu petanda awal yang positif, dan banyak dasar yang sedang dilaksanakan untuk memudahkan sama ada perniagaan ataupun mengurangkan apa yang disebut sebelum ini sebagai kerenah birokrasi," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek