web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Kedah Capai Sasaran 25,000 Pengunjung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 7:07PM

Saifuddin Nasution Ismail berkata kehadiran Muhammad Sanusi Md Nor yang mengiringi keberangkatan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut dapat menguatkan semangat ukhwah dan muhibah walaupun berlainan fahaman politik - Gambar Twitter Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI yang diadakan di Hotel Raia, di sini hari ini berjaya mencapai sasaran lebih 25,000 pengunjung, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata hidangan makanan di 60 gerai yang disediakan juga hampir habis walaupun majlis belum berakhir lagi.

“Saya sempat buat tiga pusingan untuk melihat sendiri majlis, saya yakin sasaran 25,000 kehadiran pengunjung berjaya dicapai dalam tempoh empat jam dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir hari ini.

“Majlis rumah terbuka di Kedah ini merupakan program utama Perdana Menteri walaupun ia akan diadakan di lima lagi negeri yang lain dan ingin saya nyatakan bahawa tidak berlaku pembaziran kerana semua makanan seperti mi goreng, sate dan lemang habis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikan ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di sini, hari ini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan menteri kabinet yang lain.

Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Sementara itu Saifuddin berkata kehadiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengiringi keberangkatan Sultan Sallehuddin turut dapat menguatkan semangat ukhwah dan muhibah walaupun berlainan fahaman politik.

“Ini menunjukkan kematangan orang politik untuk mengenepikan sebarang sentimen dan perbedaan dari segi politik.. pemimpin-pemimpin politik yang berbeda haluan ini boleh berada di platform yang sama seumpama merayakan Aidilfitri ini,” katanya.

Sementara itu Saifuddin Nasution berkata jumlah peruntukan untuk Kedah yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan membuktikan bahawa kerajaan Pusat tidak memandang sepi terhadap kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

“Kerajaan Persekutuan telah umum, peruntukan dalam projek baharu atau projek yang bersambung (untuk Kedah), nilainya adalah berjumlah RM1.6 bilion.. ini bukan projek dalam perancangan tetapi ini adalah bajet yang telah diluluskan meliputi 442 projek Persekutuan di negeri (ini).

“Ia terdiri daripada 136 projek baharu manakala 306 adalah projek sambungan.. jadi sekali lagi Perdana Menteri betul-betul menterjemahkan prinsip ini kepada masyarakat dan ia tidak langsung membedakan negeri yang tidak diterajui Kerajaan Perpaduan, tetap menerima peruntukan yang besar,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad