web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


18 Pelajar Malaysia Terkesan Pergolakan Sudan Ditawar Sambung Pengajian Di UniSHAMS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 5:32PM

Semalam, kumpulan 30 rakyat Malaysia, termasuk pelajar yang dibawa keluar dari lokasi konflik di Sudan, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.54 petang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) sedia menawarkan peluang menyambung pengajian untuk 18 pelajar Malaysia yang terkesan dengan pergolakan di Khartoum, Sudan baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media Pejabat Naib Canselor universiti itu, pihaknya menawarkan 42 program yang mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).

Katanya, ia merangkumi pelbagai bidang dan peringkat pengajian, bermula daripada asasi, diploma, ijazah sarjana muda, diploma pasca siswazah, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).

“UniSHAMS bersedia menawarkan pemindahan kredit maksimum dalam usaha memastikan kesinambungan pengajian untuk kesemua 18 orang pelajar Malaysia yang terjejas, ditangani segera, tertakluk kepada Peraturan Akademik UniSHAMS dan kelulusan pihak KPT (Kementerian Pengajian Tinggi).

“UniSHAMS juga menyediakan pembelajaran dalam Bahasa Arab dan memiliki lebih 30 orang tenaga pengajar antarabangsa dari negara Arab,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut kenyataan sama, tawaran menyambung pengajian di UniSHAMS di dalam bidang dan peringkat pengajian berkaitan itu juga tertakluk kepada perbincangan lanjut, selain turut memerlukan kelulusan pihak kementerian.

“Pihak UniSHAMS merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan pihak Kementerian Luar melaksanakan Pelan Evakuasi rakyat Malaysia di Sudan, membabitkan misi membawa pulang 30 rakyat Malaysia dengan selamat ke tanah air pada 28 April,” katanya.

Semalam, kumpulan 30 rakyat Malaysia, termasuk pelajar yang dibawa keluar dari lokasi konflik di Sudan, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.54 petang.

Ketibaan mereka disambut Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ahli keluarga yang memenuhi ruang legar balai pelepasan di Tingkat 5 KLIA bagi menyambut kumpulan itu.

Zambry berkata, operasi membawa pulang kumpulan itu menerusi usaha dikenali Ops Sudan ketika negara berkenaan dilanda konflik, selesai dengan kesemuanya selamat tiba di tanah air tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Perjalanan (mereka) panjang dari Khartoum, ambil masa 30 jam lebih, 1,300 kilometer…dengan pelbagai halangan dan cubaan, akhirnya hari ini (semalam) dapat sampai dengan selamat di KLIA,” katanya kepada media selepas menyambut ketibaan 30 rakyat Malaysia itu.

Zambry berkata, meskipun Ops Sudan selesai, Wisma Putra masih mengikuti perkembangan konflik di Sudan secara dekat.

“Jika ada rakyat Malaysia yang masih ada di Sudan, pihak keluarga diminta maklumkan kepada Wisma Putra untuk kita bantu cari mereka. Saya nasihatkan rakyat Malaysia yang ingin lawat Sudan untuk tangguhkan perjalanan sehingga keadaan pulih,” katanya.

Beliau berkata pejabat Kedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara dan segala urusan berkaitan akan dikendalikan Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir.

Lebih 400 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera ekoran konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus pada 15 April lalu.

Pada 25 April lalu, dilaporkan 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, selamat tiba di Pelabuhan Sudan pada 2.07 petang Isnin waktu Sudan (8.07 malam waktu Malaysia), selepas melalui perjalanan 30 jam dengan menempuh jarak 1,233 kilometer.

Katanya, kejayaan membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang berdaftar itu adalah hasil usaha bersama semua pihak, termasuk keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Getaran, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 34 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam