web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Strok Haba: Ibu Mangsa Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi, Emosi Terganggu 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 8:00PM

Dua ibu yang kehilangan anak masing-masing dan dikaitkan dengan strok haba di Kelantan baru-baru ini meminta orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Dua ibu yang kehilangan anak masing-masing dan dikaitkan dengan strok haba di Kelantan baru-baru ini meminta orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi sehingga menyebabkan emosi mereka terganggu.

Yawaree Samoh, 25, berkata pemergian anak tunggalnya, Nur Imani Ahmad Faris Fazli, yang berusia setahun tujuh bulan pada Selasa lepas, memberi kesan kepada mereka sekeluarga.

"Saya tidak sangka dan rasa macam tidak percaya akan kehilangan Imani tetapi saya perlu reda dengan takdir Allah.

"Cuma saya minta supaya orang ramai hentikan sebarang spekulasi mengenai anak saya kerana ia memberi kesan kepada kami sekeluarga," katanya kepada Bernama hari ini.

Turut menerima nasib sama, Nur Azwani Alias, 32, ibu seorang lagi mangsa iaitu Muhamad Syamil Akil, 11, turut berharap orang ramai tidak menokok tambah cerita yang bukan-bukan dan memberi komen negatif di media sosial mengenai anaknya.

"Di saat kami sekeluarga masih meratapi pemergian anak, masih ada segelintir masyarakat yang memberi komen negatif seolah-olah kami tidak cakna mengenai kesihatan anak.

"Saya harap perbuatan ini tidak lagi berlaku kerana kami sebagai ibu bapa berasa sangat sedih tetapi kepada mereka yang mendoakan, saya ucap terima kasih atas ingatan yang diberikan," katanya.

Nur Azwani, yang ditemui di Kampung Tengah Perupok, Bachok berharap ibu bapa sentiasa memantau gerak-geri anak mereka terutama ketika cuaca panas agar tidak melakukan sebarang aktiviti luar yang boleh menjejaskan kesihatan.

"Selain itu, saya minta supaya kanak-kanak khususnya selalu minum air masak supaya badan mereka sentiasa sihat sepanjang musim panas ini," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial kisah kedua-dua mangsa meninggal dunia dipercayai akibat strok haba.

Nur Imani, dari Kampung Kota di sini, meninggal dunia selepas mengalami batuk selama seminggu dan muntah-muntah beberapa hari kemudian manakala Muhamad Syamil menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Balai, Bachok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

2

Semasa 3 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

3

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

5

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar