web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Budak 7 Tahun Mati Tertembak Senapang Rakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 8:00PM

Mangsa berusia tujuh tahun terkena tembakan di bahagian kepala. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malang tidak berbau. Begitulah nasib menimpa seorang budak lelaki  yang maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri ketika bermain dengan rakannya.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, dalam kejadian di Kampung Sosogoh Salong Pagalungan pada Isnin lalu, mangsa berusia tujuh tahun terkena tembakan di bahagian kepala.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.

“Kami menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Nabawan bahawa terdapat seorang kanak-kanak telah meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu terkena tembakan di bahagian kepala daripada senapang buatan sendiri jenis 'pump gun' oleh rakan yang bermain bersamanya,” katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian.

Nor Rafidah berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat.

Katanya, seramai tujuh individu ditahan manakala selaras senjata api dirampas bagi membantu siasatan kes itu.

“Siasatan masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – Getaran, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi