web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Salah PM Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Di 6 Negeri Jika…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 3:55PM

Hassan Abdul Karim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di enam negeri menggunakan wang peribadi, dana PKR atau Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, penganjuran tersebut bagaimanapun adalah satu kesalahan jika Anwar menggunakan wang kerajaan Pusat atau Menteri Besar dari negeri pimpinan PH.  

Malah katanya, tindakan itu jelas satu penyalahgunaan kuasa, termasuk jika kakitangan awam dan jentera kerajaan digunakan untuk mengendalikan rumah terbuka tersebut.

“Suatu ketika dahulu Perdana Menteri India, bernama Indira Gandhi pernah didapati bersalah oleh mahkamah India kerana menggunakan helikopter kerajaan untuk berkempen semasa pilihan raya.

“Akibatnya Indira Gandhi disabitkan bersalah dan beliau bersama-sama kerajaan Kongres pimpinannya tumbang.

“Kita tentu tidak ingin melihat Perdana Menteri dan kerajaan Madani pimpinannya tumbang gara-gara rumah terbuka hari raya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut beliau, walaupun Perdana Menteri mempunyai peruntukan untuk mengadakan majlis rasmi keraian seperti rumah terbuka, ia hanya di dikhususkan di suatu tempat, misalnya di Seri Perdana, Putrajaya iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri.

Namun katanya, mengadakan rumah terbuka raya seperti road show di enam negeri itu adalah fenomena baru yang dibimbangi menyalahi kod etika dan undang-undang penggunaan wang awam.

“Mungkin jumlah wang kerajaan yang digunakan untuk perbelanjaan mengadakan majlis rasmi rumah terbuka peringkat nasional dan negeri menelan belanja tidak sampai jutaan ringgit, tetapi perlu diingat setiap seringgit pun duit kerajaan adalah duit awam.

“Ini bermakna duit rakyat perlu dibelanja secara berhemah dan tidak melanggar etika moral dan undang-undang. Sebagai contoh, berapalah sangat duit kerajaan India digunakan untuk menerbangkan sebuah helikopter kerajaan untuk Indira Gandhi berkempen pilihan raya.

“Bukan quantum wang yang digunakan itu besar atau kecil. Yang menjadi isu pokok ialah telah berlaku penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Tegas Hassan, kerajaan sepatutnya berjimat cermat kerana hutang negara ketika ini sudah mencecah RM1.5 trilion iaitu 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Selain itu, kerajaan sering memberitahu bahawa kerajaan sedang menanggung beban hutang 1MDB sebanyak RM18.2 billion,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Anwar perlu terus menunjukkan kepimpinan melalui teladan, sekali gus tidak menjejaskan imejnya menerusi beberapa contoh baik seperti tidak mengambil gaji dan elaunnya sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

“Ia pertama dalam sejarah Malaysia Perdana Menteri membuat kerja dan memikul tanggungjawab secara pro bono, iaitu tanpa bayaran.

“Selain itu, Anwar juga membuat keputusan Menteri Kabinet mengalami pemotongan gaji dan elaun sebanyak 20 peratus. Ini semua langkah terpuji.

“Ia bukan retorik atau ‘lip service’. Pengorbanan yang dilakukan beliau dan menteri dalam Kabinetnya adalah perkara yang nyata dan ‘sebenar’,” katanya.

Hassan berkata, ramai pihak menyuarakan bantahan kerana beranggapan perbelanjaan tersebut akan menggunakan dana kerajaan, apatah lagi secara kebetulan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung di enam negeri itu.

“Jadi saya berpendapat, sebelum terlambat, eloklah Perdana Menteri mengumumkan wang kerajaan tidak akan digunakan untuk membiayai road show rumah terbuka itu.

“Perdana Menteri kena umumkan bahawa PKR dan PH serta Perdana Menteri secara peribadi akan gunakan wang sendiri.

“Pada masa sama, 84 Ahli Parlimen PH dan ratusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN PH) di seluruh negara perlu dikerah supaya tampil ke hadapan membantu Perdana Menteri untuk menampung kos mengadakan rumah terbuka raya itu,” katanya.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama beliau di enam lokasi bermula Sabtu ini.

Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri bermula di Kedah pada 29 April ini bertempat di Hotel Raia Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang.

Kemudian ia akan diteruskan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 6 Mei bermula 11 pagi hingga 2 petang dan Wisma Majlis Bandaraya Seremban esoknya dari 10.30 pagi hingga 3 petang.

Penganjuran di Kelantan bakal diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei.

Rumah terbuka di kedua-dua negeri berkenaan akan diadakan dari 7 malam hingga 10.30 malam.

Kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei dari 8 malam hingga 11 malam. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad