web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hina Sultan Johor, Pemilik Akaun Facebook Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 7:22AM

Lelaki warga tempatan berumur 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah beralamat di Puchong, Selangor, semalam. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menahan pemilik akaun Facebook ‘Indera Mulia’ selepas dia bertindak biadap memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, lelaki warga tempatan berumur 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah beralamat di Puchong, Selangor, semalam.

“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sekeping sim kad redone,” katanya menerusi kenyataan di Facebook malam tadi.

Beliau berkata, suspek dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor menerusi akaun facebook berkenaan pada 20 April lalu.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“(Ia) kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat pada 25 April (hari ini) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi,” katanya.

Tegasnya, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan mengundang kemarahan dan menimbulkan kebencian kepada agama, bangsa, kaum, raja serta seumpamanya yang boleh membawa kepada ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan negara. – Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Ngepan Indu, Pempengaruh Didenda RM10,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad