web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Kaunter Ikat Jamin Mahkamah Ditutup Awal Tidak Benar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 7:00AM

Kes dinyatakan dalam laporan tersebut membabitkan sepuluh tertuduh dan mahkamah sudah membenarkan kesemua mereka dijamin. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan disiarkan sebuah portal media kelmarin bahawa kaunter ikat jamin di sebuah mahkamah Kuala Lumpur ditutup awal adalah tidak benar.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menerusi kenyataannya memaklumkan, kes dinyatakan dalam laporan tersebut adalah membabitkan sepuluh tertuduh dan mahkamah sudah membenarkan kesemua mereka dijamin.

Namun, katanya, hanya penjamin bagi empat tertuduh hadir meneruskan proses jamin, manakala penjamin enam baki tertuduh tiada di mahkamah untuk menguruskan proses jaminan terbabit.

“Kehadiran penjamin untuk menguruskan proses jamin adalah sebahagian daripada prosedur perlu dipatuhi, bagi membolehkan mahkamah mengesahkan identiti penjamin yang bertanggungjawab dalam jaminan tersebut.

“Selanjutnya agar mahkamah dapat memberikan penerangan secara lisan kepada penjamin berhubung syarat dan tanggungjawab penjamin sepanjang tempoh jaminan,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook itu.

Katanya, sehubungan dengan itu, memandangkan dalam kes terbabit penjamin bagi enam tertuduh tidak dapat dikemukakan sehingga kaunter ditutup pada jam 4 petang, iaitu waktu biasa penutupannya sepanjang Ramadan), proses ikat jamin mereka tidak dapat disempurnakan.

“(Justeru), pejabat ini ingin menjelaskan bahawa laporan menyatakan kaunter jamin ditutup awal adalah tidak benar,” katanya.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan kaunter ikat jamin di mahkamah berkenaan ditutup awal, sehingga enam tertuduh terpaksa menghabiskan hujung minggu di penjara.

Menurutnya, beliau sudah mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di bawah kementeriannya menyiasat dakwaan itu.

Pada masa sama, Azalina berkata, diikat jamin adalah hak asasi manusia dan mengikut Perlembagaan, justeru sebarang tindakan, termasuk masalah pentadbiran yang mengganggu hak itu dianggap melanggar prinsip berkenaan.

“Jika dakwaan dibuat peguam tertuduh itu benar, ia tentunya perlu dikaji semula dan dibetulkan bagi memastikan kesilapan pentadbiran seperti ini tidak berulang,” katanya.

Pada Khamis lalu, enam lelaki dilapor terpaksa menghabiskan hujung minggu panjang di penjara kerana kaunter memproses ikat jamin ditutup awal daripada kebiasaan.

Mereka antara 10 tertuduh yang minta dibicarakan atas konspirasi jenayah dengan niat menipu, manakala empat lagi membayar ikat jamin tepat pada masanya.

Peguam mereka, Alvin Tan mendakwa kaunter ikat jamin ditutup pada jam 2.53 petang, tidak lama selepas majistret membenarkan ikat jamin RM4,000 setiap satu.

Bagaimanapun, katanya, notis di kaunter ikat jamin menyatakan waktu operasi sehingga 4.30 petang.

Isu terbabit turut diulas Timbalan Menteri undang-undang, Hanipa Maidin yang menegaskan, kaunter pendaftaran memproses jaminan tidak wajar ditutup lebih awal dari biasa.

Ujarnya, apa yang berlaku boleh menyebabkan kerajaan berdepan saman sivil, termasuk ‘tort of misfeasance in public office’. - Getaran, 24 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar