web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Selepas Sembunyi Dalam Kebun Sawit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 3:16PM

57 'mat rempit' yang bersembunyi di dalam kebun kelapa sawit di KM7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat Kulai, terpaksa menyerah diri kepada polis semalam gara-gara mahu berhari raya. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 57 ‘mat rempit’ sanggup menyerah diri kepada polis gara-gara hendak berhari raya selepas enam jam bersembunyi di dalam sebuah kebun kelapa sawit di KM7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua penunggang motosikal yang terdiri daripada lelaki tempatan berusia 17 hingga 42 tahun itu bersembunyi di dalam kebun berkenaan sejak 3 pagi Sabtu.

Beliau berkata bagaimanapun seramai dua pegawai dan 13 anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) yang terlibat dalam operasi itu bertindak mengepung kawasan terbabit.

“Semasa operasi dijalankan, mat rempit ini bersembunyi di dalam kawasan kebun kelapa sawit dan cuba keluar melalui jalan tikus tetapi dikepung oleh pihak polis.

“Akhirnya pada 9 pagi, seorang demi seorang menyerah diri kerana buntu dan tidak tahan dengan keadaan dalam kebun sawit yang panas, ditambah ada yang menyatakan lapar dan rindu juadah hari raya pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, sebanyak 140 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan perlindungan insurans, lesen tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubah suai ekzos serta tidak memakai topi keledar.

Tok berkata sebanyak 39 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Terpedaya Tawaran Tender Pajak Ladang, Pengarah Syarikat Kelapa Sawit Rugi RM1.03 Juta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Eksport Minyak, Produk Sawit Ke China Dijangka Melonjak Tahun Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Cadangan Cagar Wang Caruman KWSP Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad