Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Eksport Minyak, Produk Sawit Ke China Dijangka Melonjak Tahun Ini

Ekonomi Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 7:00AM

Peningkatan itu berdasarkan usaha berterusan untuk menjalin kerjasama strategik dalam perdagangan minyak sawit dengan pelbagai pihak berkepentingan di China. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Eksport minyak sawit dan produk berasaskan komoditi itu ke China dijangka akan merekodkan peningkatan ketara pada tahun ini. 

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, peningkatan itu adalah berdasarkan usaha berterusan untuk menjalin kerjasama strategik dalam perdagangan minyak sawit dengan pelbagai pihak berkepentingan di China.

Menurut beliau, ia termasuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Dewan Perniagaan China bagi Import Eksport Makanan, Produk Asli dan Produk Sampingan Haiwan (CFNA), baru-baru ini.

"Kami menjangkakan eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit lebih tinggi ke China tahun ini dengan peningkatan kerjasama dalam perdagangan minyak sawit dengan negara itu melalui pemeteraian MoU tersebut. 

"MoU terbaharu itu akan meluaskan lagi kerjasama antara kedua negara dalam perdagangan minyak sawit selain mengukuhkan kedudukan dan penguasaan pasaran Malaysia di China," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir - Gambar Bernama
Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir - Gambar Bernama

Ahmad Parveez berkata, China merupakan pasaran eksport minyak sawit kedua terbesar Malaysia pada 2022 dengan menyumbang 11.2 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport minyak sawit negara.

"Pada 2022, jumlah nilai eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit lain Malaysia ke China meningkat 12.9 peratus kepada RM14.86 bilion daripada RM13.16 bilion pada 2021.

"Jumlah eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit telah meningkat sebanyak 0.30 peratus kepada 3.14 juta tan pada 2022 daripada 3.13 juta tan pada 2021," katanya. 

Beliau memaklumkan, MPOB berjaya meluaskan penggunaan minyak sawit dalam industri makanan nilai tambah melalui inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan ini membantu menjamin pasaran minyak sawit Malaysia.

"Ini termasuk lemak khusus berasaskan sawit untuk kuih bulan kontemporari, penggunaan minyak sawit dalam Xinjiang Naan, snek berasaskan minyak sawit merah, tablet susu berasaskan sawit dan teh mentega Tibet berasaskan sawit. 

"Pada masa sama, kita juga akan melihat untuk membuat pes pedas berasaskan minyak sawit merah (red palm oil-based hot pot paste), serbuk lemak sawit sebagai bahan tambahan makanan untuk lembu tenusu dan minyak sawit merah sebagai makanan untuk ketam bulu,"katanya. 

Ahmad Parveez berkata, kerjasama dengan China juga membolehkan negara itu mengambil bahagian dalam penerokaan teknologi mekanisasi sawit di Malaysia, sekali gus membantu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan penggantungan kepada pekerja di ladang.

Jelasnya, kedua-dua negara kini boleh bersama-sama mempromosikan penerokaan, mereka bentuk dan melaksanakan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), rangkaian mudah alih generasi kelima (5G), internet pelbagai benda dan kenderaan autonomi di ladang sawit. 

"Ini termasuk teknologi aeroangkasa, dron dan AI daripada China Great Wall Industry Corporation khususnya mengenai pemetaan profil umur. 

"Selain itu, kita juga mahu melihat teknologi bagi pengesanan penyakit di ladang sawit serta kenderaan penuaian autonomi yang dibangunkan oleh Shanghai Westwell Information Technology Co.Ltd," katanya.

Difahamkan, perjanjian persefahaman tersebut meningkatkan keyakinan China terhadap minyak sawit Malaysia dan menjamin bekalan komoditi itu untuk negara tersebut.

"Malaysia dan China kini boleh bekerjasama untuk bersama-sama mempromosikan kestabilan rantaian bekalan minyak sawit di kedua-dua negara serta Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) untuk makanan, bukan makanan, biobahan api dan makanan ternakan di China.

"Di samping itu, CFNA akan menggunakan MSPO dalam penggubalan garis panduan di bawah Jawatankuasa Kecil untuk Pertanian Lestari CFNA serta turut mempromosi MSPO pada program anjuran mereka," katanya.

Sementara itu, Ahmad Parveez memaklumkan, CFNA juga akan mengetuai delegasi perniagaan dari China untuk menyertai Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB (PIPOC 2023) pada 7 hingga 9 November tahun ini di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pada masa sama, beliau berkata, minyak sawit Malaysia akan diketengahkan pada Sidang Kemuncak Bijirin dan Minyak Antarabangsa China ke-14 yang dianjurkan oleh CFNA pada Julai nanti.

"MPOB bekerjasama dengan Universiti Tsinghua untuk mempromosi biobahan api sawit Malaysia di China yang melibatkan kajian rintis penggunaan biodiesel sawit Malaysia dalam kenderaan berat China," katanya. 

Jelasnya, Institut Penyelidikan dan Perkhidmatan Teknikal Minyak Sawit MPOB (PORTSIM) China juga telah menandatangani perjanjian perundingan dengan Grand Industrial Holdings Co. Ltd. (GIH) China tahun lepas.

"Ini menyaksikan GIH memperoleh perkhidmatan teknikal daripada PORTSIM China melibatkan formulasi produk sawit dari 2021 hingga 2023 yang meningkatkan pengambilan minyak sawit oleh GIH.

"Berikutan penglibatan ini, GIH melalui anak syarikat mereka Grand Oils and Foods (PG) Sdn. Bhd. membawa masuk pelaburan lapangan hijau bernilai RM320 juta dalam sektor minyak sawit Malaysia," katanya. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Terpedaya Tawaran Tender Pajak Ladang, Pengarah Syarikat Kelapa Sawit Rugi RM1.03 Juta

2

Semasa 7 bulan yang lalu

 MoU Sime Darby Oils, Guangxi Beibu Gulf Tingkat Pembelian Minyak Sawit - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Aktiviti Pemburuan Lebih Jejaskan Biodiversiti, TPM Fadillah Selar Lobi Antiminyak Sawit

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu