Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sebahagian Janji Temu Vaksin AstraZeneca Pada 15 Dan 16 Mei Dijadualkan Semula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 4:44PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,800 janji temu yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mei ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca (AZ) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dipinda ke tarikh antara 17 hingga 23 Mei ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata penjadualan semula janji temu pada dua hari berkenaan adalah untuk menjamin penjarakan fizikal berikutan peningkatan kes COVID-19, sejak kebelakangan ini.

“Hampir 19,000 janji temu vaksinasi telah ditetapkan pada dua hari tersebut sejajar dengan kapasiti penuh PPV AZ WTC.

“Bilangan ini akan dikurangkan kepada 8,100 janji temu sehari atau 16,200 untuk dua hari tersebut. Kapasiti penuh di WTC ialah lebih 9,000 sehari,” katanya.

Dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini hari ini,  Khairy berkata perubahan tarikh berkenaan akan dimaklumkan kepada penerima vaksin AstraZeneca melalui pesanan ringkas (SMS) dan juga notifikasi aplikasi MySejahtera yang akan dihantar mulai esok (11 Mei).

Bagi memastikan penjarakan fizikal di WTC ditingkatkan, beliau berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah menambah bilangan dewan yang akan digunakan di PPV AZ, WTC.

“Bermula Rabu (12 Mei) ini, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Ismail tidak akan digunakan lagi. Sebaliknya, tiga dewan yang lebih luas akan dibuka iaitu Dewan Merdeka, Dewan Tun Razak 3 dan Dewan Tun Razak 4.

“Dalam usaha mencapai imuniti kelompok dan untuk vaksinasi rakyat Malaysia secepat mungkin, kami seboleh-bolehnya ingin menggunakan kapasiti setiap PPV secara optimum,” katanya.

Bagi mereka yang diletakkan di bawah senarai menunggu bagi menerima vaksin AstraZeneca, Khairy berkata mereka hanya perlu hadir ke PPV setelah dihubungi oleh petugas dan walk-in sama sekali tidak dibenarkan.

Beliau berkata terdapat kira-kira 60,000 orang yang memilih untuk meletakkan nama mereka di bawah senarai menunggu kerana ketiadaan slot.

 “Pada setiap hari, satu senarai menunggu kami akan keluarkan kepada PPV AZ dan mereka yang ada dalam senarai menunggu ini akan diberikan notifikasi di MySejahtera bahawa mereka telah dimasukkan dalam senarai menunggu janji temu pada hari tersebut.

“Jika ada kekosongan, PPV berkenaan akan menelefon mereka yang ada di dalam senarai menunggu tersebut. Oleh itu, sekiranya anda tidak dipanggil oleh PPV, jangan hadir di PPV.

“Petugas di PPV akan membuat panggilan secara beransur-ansur mengikut statistik lebihan vaksin berdasarkan ketidakhadiran penerima berjadual,” katanya.

Khairy berkata penerima vaksin dalam senarai menunggu jika dipanggil, boleh menunjukkan notifikasi MySejahtera kepada anggota keselamatan dalam perjalanan ke PPV di sekatan jalan raya.

Sekiranya mereka yang dalam senarai menunggu tidak dapat hadir walaupun telah mengesahkan kehadiran, pihak PPV akan memberikan vaksin yang telah dibuka kepada bakal penerima yang berada di PPV tersebut bagi mengelakkan pembaziran vaksin kerana ia tidak boleh disimpan semula, katanya.

Bagi yang tidak dapat hadir walaupun telah dipanggil di bawah senarai menunggu, mereka dinasihatkan untuk tidak panik kerana nama mereka masih ada di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Khairy.

Dalam pada itu, Khairy menafikan dakwaan bahawa kadar vaksinasi di Malaysia adalah rendah malah menegaskan kadar penggunaan vaksin pada masa ini adalah 75 peratus.

“Ini bermakna untuk setiap empat vaksin yang kami ada, tiga telah digunakan,” katanya.

Beliau berkata buat masa ini, kerajaan tidak mampu untuk meningkatkan kadar vaksinasi ke tahap 80 peratus kerana terdapat keperluan untuk simpanan vaksin dos kedua sebelum tibanya bekalan vaksin seperti yang dijadualkan.

Malaysia dijadualkan menerima bekalan vaksin sebanyak 259,740 dos daripada Pfizer antara 19 hingga 21 Mei ini, menjadikan jumlah dos vaksin Pfizer yang telah dan akan diterima sehingga 21 Mei adalah 2.49 juta dos.

“Bagi vaksin AstraZeneca, ketibaan bekalan kedua adalah dijadualkan pada 20 Mei depan dan yang ketiga pada 1 Jun ini dengan jumlah sebanyak 615,120 dos sekali penghantaran,” katanya.

Jumlah terkini suntikan vaksinasi AstraZeneca yang telah diberikan adalah sebanyak 19,718 dan semuanya satu dos setakat ini, katanya.

Khairy berkata setakat hari ini, seramai 9.983 juta telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19, dan daripada jumlah itu seramai 1.105 juta orang menerima satu dos dan 681,426 orang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Mengenai mesej tular di aplikasi Whatsapp yang menyatakan jika alamat yang didaftarkan di aplikasi MySejahtera tidak lengkap dengan poskod dan negeri maka pendaftaran untuk vaksinasi dianggap tidak lengkap, Khairy menjelaskan bahawa individu yang telah mendaftar tidak perlu risau kerana semua maklumat telah disimpan dalam sistem dan sudah lengkap.

“Apa yang tular itu sebenarnya ciri baharu untuk kita menyimpan maklumat tambahan iaitu poskod dan negeri. Ini dilaksanakan berikutan ada sebahagian kecil daripada mereka yang sudah mendaftar dan menggunakan Google Maps, yang meletakan alamat yang tersilap.

“Atas sebab itu kita meminta pengesahan dari segi poskod dan negeri (namun) pendaftaran awal itu memang tepat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: 234 PPV Tersedia Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Politik 10 bulan yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Semasa 9 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran