web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


22.6 Juta Telur Diedarkan FAMA Sejak November Lalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 9:15AM

Berdasarkan pemantauan FAMA, bekalan telur di pasar raya di negeri Kelantan dan Terengganu adalah mencukupi dan dapat memenuhi permintaan pengguna - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAM) telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi  menampung bekalan telur ayam di pasaran.

FAMA memaklumkan, ia termasuk sejumlah 349,500 biji telur yang diedarkan di 52 outlet FAMA sebagai langkah intervensi bagi menampung permintaan yang tinggi di Kelantan.

“Berdasarkan pemantauan FAMA, bekalan telur di pasar raya di negeri Kelantan dan Terengganu adalah mencukupi dan dapat memenuhi permintaan pengguna dan tidak berlaku kekurangan bekalan telur ayam seperti yang didakwa,” menurut FAMA dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata kebanyakan pasar raya di Pantai Timur masih mempunyai bekalan telur ayam pelbagai gred yang mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri esok.

Beliau berkata kementeriannya telah mengambil tindakan segera dengan melakukan pemeriksaan di beberapa pasar raya dan pasar raya besar terpilih di Kelantan serta Terengganu susulan laporan media berhubung isu gangguan bekalan produk itu di Pantai Timur menjelang Aidilfitri.

FAMA juga telah mengadakan Jualan Agro Madani seperti Program Ramadan Madani, Program Syawal Madani dan Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di Kelantan meliputi 30 lokasi sepanjang bulan Ramadan melibatkan jualan komoditi termasuk telur, ayam dan ikan.

“Ia diadakan bagi kemudahan pengguna mendapatkan barangan keperluan sebagai persediaan menghadapi Hari Raya Aidilfitri,” menurut kenyataan itu. 

FAMA turut mengambil langkah proaktif meningkatkan pemasaran agromakanan negara, khususnya komoditi telur ayam bagi keperluan pasaran domestik menerusi kerjasama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“FAMA akan terus menjalankan pemantauan bekalan telur, terutamanya di outlet peruncitan FAMA termasuk pasar raya terpilih di negeri-negeri Pantai Timur bagi memastikan bekalan telur sentiasa memenuhi permintaan pengguna,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar Bahasa Melayu melaporkan bahawa berlakunya kekurangan bekalan telur yang kritikal di beberapa lokasi di Pantai Timur sehingga terpaksa dicatu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengapungan Harga Ayam, Telur Pastikan Warga Asing, Golongan 'Maha Kaya' Tidak Nikmati Subsidi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tanpa Subsidi, Harga Ayam Dianggar Naik 11.9 Peratus, Telur 35.6 Peratus - Ahli Akademik

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad