web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sejujurnya Bukan Mudah Membesar Dalam Keluarga Sibuk Tapi... - Anak Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 9:23PM

Muhammad Khair (tengah) mengucapkan tahniah kepada bapanya setelah bersara baru-baru ini. - Gambar daripada Instagram Muhammad Khair

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak lelaki kepada mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah iaitu Muhammad Khair, meluahkan kata-kata penuh emosi sempena persaraan bapanya.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Muhammad Khair memuji pencapaian cemerlang dan pengorbanan besar dilakukan bapanya sepanjang berkhidmat lebih 35 tahun untuk sektor kesihatan awam negara.

Menurut Muhammad Khair, bapanya bukan sahaja pakar bedah yang berjaya tetapi pentadbir yang luar biasa.

“Saya seorang yang sensitif dalam hal keluarga, tetapi hari ini saya hanya ingin mengucapkan syukur kepada keluarga saya sempena Hari Persaraan ayah saya. Tahniah ayah kerana berkhidmat untuk negara selama lebih 35 tahun!

“Nasihat Tok Ayah kepada anda untuk menjadi seorang doktor sememangnya luar biasa, dan untuk memerhatikan anda mengejar minat anda sebagai pakar bedah dan juga seorang pentadbir adalah luar biasa,” katanya.

Muhammad Khair yang juga graduan Universiti Sheffield Hallam, amat mengagumi semangat bapanya yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Kesihatan di bawah lapan menteri berbeza.

“Menguruskan pelbagai krisis dan wabak negara, dan juga, sehingga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesediaan dan Tindakan Kecemasan (SCHEPPR)  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Terdapat banyak pencapaian cemerlang serta banyak pengorbanan yang besar.

“Sejujurnya, bukan mudah untuk membesar dalam keluarga yang sibuk, lebih-lebih lagi apabila kita tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan atau memberitahu jangkaan kita. Situasinya berbeza apabila kita bersama rakan atau kenalan,” katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Khair berkata, pengalaman itu mendewasakan dirinya bahawa masih belum terlambat untuk berhubung semula dan mengambil berat antara satu sama lain.

“Saya juga bersyukur kerana mempunyai seorang ibu, wanita paling kuat yang saya kenali, menjaga rumah tangga dan membesarkan semua adik-beradik saya dengan baik dan menjadi individu berjaya.

“Kepada semua adik-beradik saya, saya sentiasa di sini untuk apa sahaja yang anda perlukan, dan saya doakan yang terbaik dalam semua yang anda lakukan,” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Khair dalam nada berseloroh meminta bapanya menikmati tempoh persaraannya.

“Kepada Ayah, seperti yang anda nyatakan, persaraan adalah babak kehidupan seterusnya, nikmati persaraan dan tempoh berehat anda (untuk sementara waktu) sebelum sektor swasta mula memburu anda,” katanya.

Selepas 35 tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara, Dr Noor Hisham akhirnya bersara wajib hari ini.

Dr Noor Hisham dalam ciapannya di Twitter, menzahirkan persaraannya menerusi beberapa rangkap pantun.

“Kapal layar kemudi cermat, bijak nakhoda melawan gelora; 35 tahun setia berkhidmat, tiba detiknya waktu bersara.

“Langit dan mega luas terbentang, kadangnya cerah yang gelap menanti, teruskan berjasa pimpinan mendatang, yang patah tumbuh yang hilang berganti,” ciapnya.

Dr Noor Hisham menjawat sebagai Ketua Pengarah sejak 2013 dan sepanjang lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlangnya, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik COVID-19.

Malah, beliau juga dianggap ‘wira’ rakyat melalui pencapaian terbaik memimpin pasukan kesihatan memerangi penularan virus itu.

Dr Noor Hisham turut dianggap wajah penting dalam memberi keyakinan kepada rakyat terutama menerusi usahanya menyalurkan maklumat mengenai COVID-19 sama ada melalui media arus perdana atau di media sosial. - Getaran, 21 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Denggi Meningkat, 4 Kematian Sepanjang Minggu Lalu

2

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Pantau Keselamatan Vaksin Bivalent COVID-19 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Program ‘Miracle Baby’ Bantu Kanak-Kanak Sakit Jantung

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pakar Perubatan Perlu Berdaftar, Orang Ramai Jangan Tertipu - Dr Noor Hisham

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad