web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Denggi Meningkat, 4 Kematian Sepanjang Minggu Lalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 3:23PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak empat kematian akibat demam denggi dilaporkan pada minggu epidemiologi ketujuh 2023 iaitu antara 12 hingga 18 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak 2,149 kes denggi dilaporkan berbanding 1,967 pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 15,243 kes berbanding 4,950 kes bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 10,293 atau 207.9 peratus.

“Sebanyak 13 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding satu kematian bagi tempoh sama pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 79 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu tersebut berbanding 86 lokaliti pada minggu sebelumnya, dengan 53 berada di Selangor, Sabah (20) manakala masing-masing dua di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.

Katanya, survelan Chikungunya merekodkan sebanyak lapan kes pada minggu ketujuh dengan empat direkodkan di Pulau Pinang, Selangor (3) manakala masing-masing satu kes di Kuala Lumpur dan Putrajaya, menjadikan kumulatif kes kini 94.

“Bagi survelan Zika, sebanyak 328 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan dan kesemuanya negatif” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak alpa dengan waktu puncak gigitan nyamuk Aedes, iaitu 6 hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam, terutama dalam cuti sekolah ini yang sering diadakan aktiviti berkumpul, beriadah dan kegiatan rekreasi.

“Dapatkan rawatan awal jika mengalami gejala demam denggi, iaitu demam tinggi secara tiba-tiba, sakit otot atau sendi, sakit kepala dan sakit pada belakang mata.

“Malah dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda bahaya demam denggi seperti muntah, cirit-birit atau perdarahan,” katanya.

Ujarnya lagi, orang ramai boleh mendapatkan status situasi denggi bagi tempat yang akan dilawati melalui laman sesawang idengue di https://idengue.mysa.gov.my/ atau melalui aplikasi idengue yang dapat dimuat turun melalui Google Play Store. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Denggi: Simptom Serius Boleh Membawa Maut

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Catatkan Peningkatan Untuk Minggu Epidemiologi 05 - KP Kesihatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Meningkat Pada ME03, Tiada Kematian Direkodkan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar