web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Pantau Keselamatan Vaksin Bivalent COVID-19 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 8:45PM

Tiada laporan kes strok untuk vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19 dalam kajian klinikal yang dijalankan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau tahap keselamatan semua jenis vaksin COVID-19 di negara ini, susulan laporan vaksin jenis Comirnaty Bivalent COVID-19 boleh menyebabkan strok iskemik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin tersebut sudah mendapat kelulusan pendaftaran bersyarat daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM pada 13 Disember lalu, namun ia masih belum digunakan di Malaysia.

Beliau berkata, tiada laporan kes strok untuk vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19 dalam kajian klinikal yang dijalankan, berdasarkan data dikemukakan kepada NPRA oleh pihak syarikat pemegang pendaftaran produk, Pfizer Sdn Bhd.

"Memandangkan vaksin ini diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat pada 13 Disember 2022, pihak syarikat mesti mengemukakan data keselamatan terkini secara berperingkat selepas vaksinasi.

“NPRA akan mengikuti rapat data serta analisis di negara rujukan mengenai vaksin ini dan semua vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel yang diterbitkan agensi berita antarabangsa, Reuters, mengenai ancaman kesihatan akibat penggunaan vaksin tersebut.

Artikel bertajuk 'US FDA, CDC see early signal of possible Pfizer bivalent Covid shot link to stroke', itu diterbitkan Ahad lalu.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini signal keselamatan berkaitan strok iskemik atau strok yang terjadi akibat saluran darah tersumbat itu hanya dilaporkan Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat (AS) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Beliau berkata, tiada signal keselamatan menunjukkan pengambilan vaksin itu boleh menyebabkan strok iskemik, dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di AS dan negara rujukan lain.

"Maklumat daripada FDA AS dan CDC AS itu dikesan dari satu pangkalan data pemonitoran keselamatan iaitu Vaccine Safety Datalink (VSD).

"Semua signal keselamatan yang dikesan perlu disiasat dan dinilai terlebih dahulu sebelum disahkan. Namun, setakat ini, tiada signal keselamatan dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di AS seperti Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS) dan negara rujukan lain.

"Analisis lanjut juga tidak mengesahkan signal keselamatan itu," katanya. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad