web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Ludah Makanan, Peniaga Tampil Pertahan Diri, ‘Saya Sebenarnya…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 11:05AM

Tangkap layar dari video TikTok yang mendakwa seorang peniaga meludah ke dalam bekas berisi makanan yang dijual kepada pelanggan di bazar Ramadan. - Gambar dari TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga tampil mempertahankan dirinya selepas tular video mendakwa dia meludah ke dalam bekas berisi makanan yang dijual kepada pelanggan di bazar Ramadan.

Peniaga tersebut dikenali sebagai Mohamad Shafiq Ahmad Asri yang berniaga di sebuah bazar Ramadan di Labuan menerusi laporan polis dibuatnya semalam, menafikan dakwaan tersebut.

Sebaliknya, pemuda itu menjelaskan, dia melihat secara lebih dekat ke dalam bekas makanan tersebut bagi memastikan tiada kulit telur yang dipecahkan tertinggal di dalam adunan martabak dibuatnya.

“Video itu diambil seseorang yang berada di dalam kereta. Dalam hantaran dibuat olehnya dalam WhatsApp tersebut, dia menuduh saya meludah ke dalam adunan tersebut.

“Saya amat kecewa dengan tuduhan dilemparkan oleh individu terbabit yang kemudian bertindak memviralkannya melalui TikTok, Twitter dan grup WhatsApp sehinggalah tular ke Semenanjung,” katanya.

Laporan polis yang dibuat oleh Mohamad Shafiq Ahmad Asri.
Laporan polis yang dibuat oleh Mohamad Shafiq Ahmad Asri.

Menurut peniaga itu lagi, dia mengetahui mengenai video yang tular itu daripada kakak iparnya, kelmarin.

Susulan itu, pemuda berusia 29 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Labuan untuk membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Katanya, laporan itu dibuat bagi memohon bantuan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu yang menyebarkan video fitnah berkenaan.

“Saya juga mahu pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap individu terbabit kerana telah mengaibkan dan memfitnah saya.

“Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah terhadap individu terbabit kerana menyebabkan kerugian terhadap perniagaan saya,” katanya.

Terdahulu, video perniaga tersebut yang didakwa meludah ke dalam bekas berisi makanan yang dijualnya dikecam hebat netizen.

Individu yang berkongsi video berdurasi 11 saat itu mendakwa perbuatan tersebut dilakukan demi melariskan jualan.

“Jijik, terbantut sudah selera mahu beli makanan di bazar. Boleh pula dia meludah dalam makanan. Ini mesti bagi 'jin makan' dulu sebab nak melariskan jualan,” tulis individu yang berkongsi video tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Labuan.

“Kami mengambil maklum dengan video yang tular itu dan ia berlaku di Labuan, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar insiden itu berlaku,” katanya.

Menurut beliau, pegawai kesihatan di semua daerah di negeri itu turut melakukan pemeriksaan berkala di bazar Ramadan.

“Pegawai kami juga akan mengambil sampel makanan secara rawak untuk memastikan tiada pencemaran.

“Kebanyakan pengendali makanan kami mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang betul dan kebersihan dalam mengendalikan makanan.

“Sepanjang Ramadan setakat ini, Sabah tidak mengalami peningkatan kes keracunan makanan,” katanya. - Getaran, 21 April 2023

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad