web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selenggara Lebuh Raya Dihenti Sementara, Pastikan Kelancaran Perjalanan Pengguna

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 7:00PM

Pemberhentian itu bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan tidak mengganggu perjalanan orang ramai sepanjang perayaan Aidilfitri. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengarahkan kerja-kerja penyelenggaraan di semua lebuh raya dihentikan sementara bermula hari ini hingga 7 Mei.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan tidak mengganggu perjalanan orang ramai sepanjang perayaan Aidilfitri sekali gus memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna lebuh raya.

“Kerja penyelenggaraan itu perlu bagi memastikan lebuh raya kita berada pada tahap terbaik, tetapi kerja-kerja itu kita boleh tangguh dahulu supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya semasa perayaan ini. Itu yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan persiapan lebuh raya dan tol di Plaza Tol Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata pemberhentian kerja penyelenggaraan itu dipersetujui semua syarikat konsensi lebuh raya dan arahan tersebut dikeluarkan berikutan tular video di media sosial berhubung kesesakan teruk di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak disebabkan penutupan lorong kecemasan dan kiri untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Ditanya berhubung kesiapsiagaan lebuh raya menerima aliran trafik yang tinggi, Nanta berkata beliau diberi jaminan syarikat konsensi lebuh raya telah menyediakan khidmat pengguna terbaik melibatkan kesediaan ‘Emergency Response Team’ dan maklum balas kepada konsensi lebuh raya daripada pengguna.

Sementara itu, dalam satu kenyataan beliau berkata pelaksanaan Tol Rahmah percuma akan bermula 12.01 tengah malam esok (19 April) hingga 11.59 malam pada 21 April (Jumaat) dan pada 24 April (Isnin) bermula 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam.

“Pemberian tol percuma selama empat hari bagi semua kelas kenderaan di semua 33 lebuh raya ini merupakan kali pertama diberikan oleh kerajaan kepada pengguna lebuh raya. Sebelum ini tempoh terpanjang bagi tol percuma adalah selama dua hari bersempena cuti Tahun Baharu Cina 2023 di semua lebuh raya.

“Walaupun tiada bayaran tol dikenakan, pengguna kad Touch ‘N Go masih perlu menyentuh kad di peranti yang terdapat di lorong tol,” katanya.

Beliau berkata kementerian menjangkakan sebahagian besar daripada pengguna lebuh raya akan merebut peluang untuk menikmati tol percuma dengan menyusun semula jadual perjalanan pulang ke kampung.

Antara lebuh raya terlibat dengan pemberian 33 Tol Rahmah percuma ialah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dan 2.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan tol percuma selama empat hari di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri melibatkan semua kelas kenderaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Khidmat Funikular Bukit Bendera Ditutup 5 Hingga 11 Jun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di PLUS Mulai Meningkat Menjelang Tahun Baharu Cina Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tol Percuma 2 Hari Sempena Deepavali

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad