Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

Trip.com Group lancar lawatan transit percuma untuk ubah persinggahan menjadi percutian mini. 

Jelajah Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 8:31AM

gambar Trip.com

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila membeli tiket penerbangan murah, salah satu kerumitan yang perlu dihadapi adalah persinggahan atau transit di lapangan terbang atau bandar tertentu untuk menunggu penerbangan sambungan seterusnya.

Banyak masa terbuang begitu sahaja jika tidak mempunyai rencana untuk keluar seketika. Maklumlah, jika ingin keluar dari lapangan terbang, sudah tentu memerlukan sejumlah wang untuk dibelanjakan.

Namun, ini ada berita baik yang boleh diraikan oleh pengembara yang sentiasa mencari peluang meneroka bandar-bandar yang belum pernah dijejaki. 

Memperkenalkan ‘Shanghai Express’, lawatan bandar persinggahan percuma yang dilancarkan oleh Trip.com Group untuk membolehkan pelawat meneroka daya tarikan utama di sekitar Shanghai sebelum mereka menaiki penerbangan sambungan, semuanya dalam masa hanya beberapa jam. 

Bermula 15 April 2024, pengembara antarabangsa yang singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai (PVG) untuk tempoh melebihi lapan jam berpeluang menyertai lawatan ke bandar persinggahan. 

Program ini kali pertama diperkenalkan di Shanghai. Pengangkutan pergi balik ke lapangan terbang, tiket masuk ke tarikan, kad e-sim dan banyak lagi akan diuruskan bagi pihak anda tanpa perlu merumitkan fikiran dan anda cuma perlu bersantai sambil bersiar-siar.

Lawatan ini disediakan untuk pengembara antarabangsa yang memenuhi kelayakan dasar transit 72/144 jam tanpa visa China dan pelawat yang memegang permit masuk sementara 24 jam di kaunter pemeriksaan sempadan lapangan terbang. 

“Memandangkan dasar transit tanpa visa membuka saluran baharu bagi pelancong antarabangsa untuk meneroka China, Trip.com Group teruja untuk melancarkan program inovatif ini bagi mereka yang membuat persinggahan singkat,” ulas Ketua Pemasaran Trip.com, Han Feng. 

“Kami akan memanfaatkan sumber kami yang luas untuk memastikan pengalaman lawatan yang menarik dan menyediakan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia untuk membantu penumpang penerbangan antarabangsa merasai pengalaman bersiar-siar di Shanghai walaupun dalam masa yang singkat,” tambahnya lagi.

Meneroka Bandar Raya Sambil Menunggu Penerbangan

Selepas melepasi pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, pelawat boleh pergi ke kaunter tukaran mata wang Trip.com Group di Ruang A di Dewan Berlepas Terminal 2 untuk pendaftaran diri. 

Seorang pemandu pelancong profesional akan ditugaskan di kaunter sejam sebelum setiap lawatan bermula untuk membantu proses pendaftaran. Pendaftaran diterima atas dasar siapa cepat dia dapat. 

Pelancong diberikan beberapa pilihan waktu lawatan. Setiap lawatan percuma boleh disertai sehingga 10 orang dan mengambil masa antara lima hingga enam jam yang turut termasuk pengangkutan pergi dan balik ke lapangan terbang. 

Lawatan khas ini memaparkan antara daya tarikan paling menarik dalam senarai Trip.Best yang dipacu AI bagi tempat menarik di Shanghai berasaskan ulasan dan pilihan pakar. Pelawat dapat menyusuri peredaran masa metropolis pesat ini dengan menyingkap masa lalu, masa kini dan masa depannya. 

Antara tarikan yang akan dilawati ketika mengikuti lawatan transit ini adalah:

 - Lawatan tarikan utama bandar raya Shanghai (9:00-14:00)

Lawatan ke tempat tarikan klasik di Shanghai, termasuk meneroka seni bina tradisional China di Yu Garden dan meninjau latar langit di Bund yang berilhamkan masa depan dan mengagumkan. 

- Lawatan menyusuri jalan sambil menikmati keindahan malam (16:00-22:00) 

Lawatan ini disediakan untuk mereka yang berjiwa romantik dan meminati sejarah bandar, termasuk berjalan kaki menyusuri jalan-jalan di sekitar bandar raya untuk melihat vila lama dan kafe menarik di sepanjang Jalan Wukang yang serba indah. Pelawat juga dapat ke melawat ke Yu Garden dan bersiar-siar di sepanjang Bund yang bersejarah.

- Lawatan malam menyusuri Sungai Huangpu (18:00-23:00)

Pengalaman unik di bandar raya yang tidak pernah tidur, termasuk menikmati pemandangan malam luar biasa di kawasan Bund sambil menyusuri Sungai Huangpu dengan menaiki feri dan kunjungan ke Yu Garden yang meriah pada waktu malam. 

Setiap lawatan akan disertai oleh pemandu pelancong yang boleh berbahasa Inggeris, tiket pengangkutan, kad e-sim serta insurans berkumpulan. 

Mereka yang mahu melancong tanpa bagasi boleh meninggalkan bagasi di lapangan terbang atau dalam bas ulang-alik jika ada ruang. Sila ambil perhatian bahawa lawatan percuma ini tidak termasuk makan, tetapi pemandu pelancong sedia mencadangkan tempat menjamu selera yang lazat untuk pelawat. 

Maklumat terperinci mengenai lawatan boleh didapati di sini. – Getaran, 13 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

BERNAMA Junjung Titah Sultan Selangor Supaya Perangi Berita Palsu

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sultan Hassanal Bolkiah Lawat Malaysia Minggu Depan - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Dapat Kebenaran Khas Lawat Najib Di Penjara - Saifuddin

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Menteri India V. Muraleedharan Adakan Lawatan Ke Malaysia Minggu Ini

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

oleh Rahayu MN