web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anthony Loke Ulangi Janji Mahu Tetap Harga Penerbangan Ketika Musim Puncak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 7:00PM

Loke mengedarkan 1,000 pek hari raya kepada penumpang-penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di Stesen KL Sentral hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengulangi pendiriannya berhubung komitmen kerajaan untuk memastikan tambang penerbangan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sepanjang musim cuti, tidak akan membebankan.

Loke berkata, Kementerian Pengangkutan mengambil berat rungutan dibangkitkan orang ramai yang mengadu mengenai tiket penerbangan melambung, dengan mengatakan bahawa isu itu adalah perkara biasa dihadapi kerajaan.

“Ini (tambang penerbangan yang tinggi) bukan masalah baharu, kita (menerima aduan serupa) setiap tahun pada musim perayaan.

“Kami akui masih ada masalah dan kementerian akan terus mencari jalan untuk menambah kapasiti penerbangan, selain mengurangkan tambang penerbangan,” kata Loke pada sidang media di sini, hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu menegaskan, pelancong yang memilih untuk membeli tiket penerbangan awal sebelum cuti, boleh menikmati harga lebih berpatutan.

“Sudah tentu, apabila anda menyemak (harga tambang penerbangan) pada saat-saat akhir (sepanjang) beberapa hari ini, anda akan melihat harga dinaikkan.

“Bagaimanapun, mereka yang membeli tiket lebih awal tiada masalah untuk (membayar) harga lebih berpatutan,” katanya.

Loke menyapa penumpang-penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di Stesen KL Sentral hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Loke menyapa penumpang-penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di Stesen KL Sentral hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Sejak beberapa hari lalu, Anthony dan mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berbalah mengenai tambang penerbangan yang mahal.

Ka Siong mendakwa tiket kelas ekonomi antara Kuala Lumpur dan Tawau ditawarkan Malaysia Airlines (MAS) adalah RM3,138.

Selepas itu, Anthony mendakwa bahawa harga dimaksudkan Ka Siong adalah untuk tiket kelas perniagaan, dengan harga ditawarkan MAB hanya RM2,863.40, iaitu kurang daripada angka dinyatakan mantan menteri pengangkutan itu.

Kemudian, Ka Siong mendakwa beliau sudah menyemak harga tiket MAS di AirAsia Super App, sekali gus mengundang cemuhan daripada pengguna media sosial, selain disindir Anthony bahawa ia seolah “mahu makan KFC tetapi ke McDonald’s”.

Menjawab kenyataan Anthony berhubung perkara itu, Ka Siong menegaskan semalam bahawa harga tiket penerbangan adalah manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Pakatan Harapan (PH), menyaksikan gabungan berkenaan berjanji menetapkan tambang penerbangan pada RM199 untuk perjalanan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. - The Vibes, 18 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan