Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Semua Negeri, Termasuk Ditadbir PN Bakal Menerima Peruntukan Lebih Tinggi - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 2:15PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua negeri termasuk di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) akan menerima peruntukan lebih tinggi menerusi tambah baik dilaksanakan Majlis Kewangan Negara 2023, seperti diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pada mesyuarat majlis itu yang dipengerusikan beliau hari ini dengan turut dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri atau wakil dari setiap negeri, kerajaan Persekutuan bersetuju meningkatkan Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP) kepada RM400 juta.

Malah, katanya, mesyuarat pada hari ini juga bersetuju dengan semakan semula dan penambahbaikan bagi petunjuk serta pengagihan Pemberian TAHAP. 

Semua negeri termasuk di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) akan menerima peruntukan lebih tinggi menerusi tambah baik dilaksanakan Majlis Kewangan Negara 2023, seperti diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pada mesyuarat majlis itu yang dipengerusikan beliau hari ini dengan turut dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri atau wakil dari setiap negeri, kerajaan Persekutuan bersetuju meningkatkan Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP) kepada RM400 juta.

Malah, katanya, mesyuarat pada hari ini juga bersetuju dengan semakan semula dan penambahbaikan bagi petunjuk serta pengagihan Pemberian TAHAP.

“Keputusan ini menzahirkan komitmen serta kesungguhan kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peluang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek pembangunan mengikut keutamaan dan acuan negeri masing-masing, seterusnya memperkukuh momentum pemulihan ekonomi ke arah pembangunan Malaysia MADANI,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2023, Majlis Kewangan Negara bersetuju dengan kenaikan peruntukan Pemberian Ecological Fiscal Transfer (EFT) kepada RM150 juta, berbanding RM70 juta pada 2022.

Kenaikan itu, katanya, ialah galakan khusus kepada negeri yang mewartakan kawasan perlindungan baharu.

Anwar berkata, kerajaan Persekutuan bersetuju menambah baik penggunaan peruntukan di bawah Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri bagi menyelenggara jalan dan kerja berkaitan di kawasan perumahan berpagar (gated) serta mempunyai kawalan keselamatan (guarded), selain penggantian papan tanda nama jalan dan lorong bagi jalan.

“Antaranya melibatkan jalan kampung, jalan taman dan papan tanda jalan lain, selain daripada penunjuk arah.

“Kerajaan negeri disaran memberi keutamaan kerja penyelenggaraan jalan di negeri masing-masing kepada kontraktor Kelas G1 hingga G4 serta tidak hanya tertumpu kepada beberapa syarikat konsesi besar.

“Langkah ini bertujuan membantu kitaran ekonomi kontraktor kecil dengan lebih adil dan secara tidak langsung, dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara lebih tuntas,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan Persekutuan amat memahami kepentingan dan keperluan penyelenggaraan berkala di Jalan Persekutuan supaya keadaan jalan sentiasa selamat serta selesa untuk kegunaan rakyat.

Justeru, katanya, Kementerian Kewangan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta bagi penyelenggaraan berkala pavemen (turapan) Jalan Persekutuan, terutama untuk menangani masalah jalan raya berlubang yang menjadi antara penyumbang kepada kemalangan.

Peruntukan tambahan itu, ujarnya, akan dikhususkan untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera.

“Penambahan ini menjadikan peruntukan keseluruhan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan meningkat kepada RM1 bilion berbanding RM750 juta, seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023.

“Dengan mengambil kira kemampuan kewangan semasa, kerajaan Persekutuan tetap terus komited untuk memenuhi keperluan penyelenggaraan Jalan Persekutuan,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, bagi tujuan penambahbaikan ke atas pinjaman kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri, Kementerian Kewangan bersetuju mempertimbangkan serta meminda kaedah pengeluaran kepada secara bayaran kemajuan kerja (progressive payment), membabitkan pinjaman baharu bagi projek pembangunan di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia.

Ujarnya, pendekatan itu dapat menyegerakan proses penyaluran peruntukan disediakan secara pinjaman, membantu kerajaan negeri yang mempunyai masalah aliran tunai dan bergantung kepada peruntukan pinjaman bagi melaksanakan projek pembangunan, selain akan melancarkan pelaksanaan projek pembangunan.

Kerajaan Persekutuan, katanya, turut bersetuju agar pakej insentif cukai bagi pelaburan ke negeri dilanjutkan untuk tempoh peralihan dua tahun hingga 31 Disember 2024, membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah, selaras hasratnya mengimbangi pembangunan di seluruh negara melalui aktiviti pelaburan dilaksanakan pihak swasta.

“Ini juga sebagai satu langkah interim ke arah pemakaian struktur insentif baharu lebih menyeluruh,” ujarnya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berada pada tahap terbaik.

“Hasrat ini dimanifestasikan melalui peningkatan peruntukan disalurkan dalam pelbagai bentuk pemberian kepada kerajaan negeri setiap tahun.

“Besarlah harapan kerajaan Persekutuan supaya pemberian ini dimanfaatkan sepenuhnya kerajaan negeri, bagi melaksana pembangunan negara yang lebih seimbang, selaras dengan gagasan Malaysia MADANI. - Getaran, 18 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik

3

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

4

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Sukan 1 hari yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Semasa 12 jam yang lalu

Pamer Gambar Agong Ketika Kempen PRK, Warga Emas Dipenjara Sebulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak