web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Cadangan Wajib Tayang Untuk Animasi Tempatan Di Saluran Televisyen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 7:03AM

Fahmi Fadzil (tengah) ketika berucap pada Sesi Town Hall Industri Kreatif Bersama Fahmi Fadzil (Siri 2: Kandungan Digital dan Teknologi Kreatif) di sebuah hotel semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia meneliti keperluan untuk menetapkan kuota khas wajib tayang untuk syarikat televisyen tempatan menyiarkan animasi tempatan di saluran masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu dilihat dapat membantu pengkarya tempatan bagi menonjolkan karya mereka di khalayak umun.

"Ini satu perkara yang saya secara dasarnya menyokong, saya rasa ada keperluan untuk kita meneliti kandungan digital yang dihasilkan dalam negara kita bukan hanya untuk kita jana atau terbitkan tapi kita tayangkan dan pamerkan.

Kalau dalam filem kita ada skim wajib tayang, mungkin bagi animasi dan beberapa perkara yang lain kita perlu pertimbangkan apa dasar yang bersesuaian bagi membantu hasil karya kandungan digital ini untuk menonjolkan karya mereka kepada khalayak umum, terutamanya di Malaysia," katanya kepada media selepas sesi Taklimat Umum Industri Kreatif Siri 2: Kandungan Digital dan Teknologi Kreatif di sini semalam.

Taklimat Umum anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu disertai hampir 400 peserta dan berlangsung lebih dua jam serta turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz.

Fahmi berkata kerajaan juga bersedia meneliti perkara yang boleh diusahakan untuk membantu para pengkarya mengeksport karya mereka.

"Kita perlu lihat apa yang kita boleh lakukan untuk eksport hasil karya-karya ini ke setidak-tidaknya rantau Asia Tenggara, (kerana) berbanding dengan ASEAN, Malaysia kita lihat ada 34 juta penduduk tapi ASEAN ada lebih 660 juta penduduk. 

"Jadi memang dari segi pasaran, peluangnya sangat banyak, maka kita akan teliti apa yang kita boleh lakukan untuk bantu mereka, bukan hanya dalam negara tapi untuk eksport karya mereka ke luar negara," katanya.

Pada masa sama, Fahmi berkata kerajaan juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak terlibat ekoran keluhan syarikat animasi tempatan yang mendakwa syarikat televisyen enggan membeli karya mereka kerana harganya yang tinggi.

"Ini isu ekonomi, saya perlu adakan sedikit perbincangan dengan lebih lanjut semua pihak terbabit untuk faham. Berbeza dengan karya produksi telefilem atau produksi lain, memang animasi tidak boleh kita tolak realiti bahawa ia lebih memakan sumber, ia perlukan sumber besar, dan sama ada stesen televisyen kita mampu atau tidak.  

"Mungkin di sini untuk tahun depan, mungkin kita boleh pertimbangkan apa yang boleh kita lalukan untuk mungkin beri sokongan tambahan kepada pengkarya-pengkarya seperti Les Copaque," katanya.

Terdahulu ketika sesi town hall berkenaan, pengasas Les' Copaque Production Burhanuddin Md Radzi mengutarakan keluhan mengenai dilema pengusaha animasi tempatan mengenai hasil karya yang tidak dapat disiarkan dalam stesen televisyen tempatan akibat pelbagai faktor dan membangkitkan keperluan memberikan keutamaan kepada produk tempatan bagi siaran televisyen. - Bernama

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad