web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan Petugas 1MDB Fokus Rungkai Perjanjian Dengan Goldman Sachs - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 4:37PM

Anwar menganggap dari awal lagi perjanjian ini dibuat secara tergopoh gapah, sehingga menimbulkan banyak persoalan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berperanan menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal itu kini memberi penumpuan kepada perjanjian dengan Goldman Sachs.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berdasarkan maklumat awal, pasukan khas diketuai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani itu berpendapat perjanjian bersama Goldman Sachs harus dirungkai semula.

“Saya bersetuju (dirungkai semula), kerana dari awal saya anggap perjanjian ini dibuat secara gopoh gapah, maka ia timbulkan banyak persoalan... kerana kita harus diberi banyak.

Umpamanya dengan IPIC (International Petroleum Investment Co)… dengan mereka dahulu nak selesai dengan jumlah yang kecil, bila kita bertegas.. kita dapat 1.8 bilion dolar (AS$), itu besar.

Sebab itu saya kata orang kadang pandang remeh soal ketelusan dan ketegasan tapi ini soal menyelamatkan wang rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 Jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media mengenai perkembangan terkini pasukan siasatan khas diketuai Johari itu selain turut dianggotai wakil kementerian dan wakil peguam negara yang ditubuhkan bulan lepas.

Untuk rekod, penyelesaian dengan bank pelaburan antarabangsa itu dicapai pada tahun 2020 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata kerajaan akan meneliti cadangan veteran DAP, Lim Kit Siang yang meminta kerajaan menerbitkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC).

“Maklumat ini (cadangan Kit Siang) baru sampai kepada saya, saya akan teliti bersama Jemaah Menteri, kerana prinsip kita dalam kerajaan ini, seperti mana (dedahkan) Laporan Nahas Double Six 1976, pendirian kita ialah tidak harus simpan, tetapi maklumat harus diperluas kepada rakyat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad