web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Tular Tumbuk Lelaki Di Jalan Raya Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 1:42PM

Suspek ditahan petang semalam, empat hari selepas mangsa membuat laporan polis. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu yang tular menumbuk muka seorang lelaki beberapa kali dalam kejadian di persimpangan jalan dekat lampu isyarat Jalan Patau-Patau, di Labuan pada 12 April lalu, ditahan polis.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan pada jam 3.45 petang semalam, empat hari selepas mangsa membuat laporan polis.

Mangsa yang mengalami kecederaan selepas kejadian itu kemudiannya dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata,dalam kejadian itu suspek yang keluar daripada kereta bertindak menumbuk ke muka mangsa beberapa kali.

Katanya, suspek dipercayai bertindak demikian kerana marah berkaitan dengan penggunaan isyarat lampu kenderaan sebelum masuk ke jalan sebelah kanan.

“Akibat kejadian itu, mangsa luka pada dahi, pendarahan pada hidung dan sakit pada bahagian mata. Kenderaan mangsa juga mengalami kerosakan.

“Isteri mangsa turut ada bersama pada masa kejadian menyebabkan mangsa ketakutan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut bersabit kes yang disiasat.

“Dengan penahanan suspek, maka kes tersebut telahpun selesai.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai gambar atau video yang tular sehingga menjejaskan siasatan polis mahupun mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 45 saat menunjukkan seorang lelaki keluar dari kereta lalu menuju ke kenderaan mangsa.

Tidak lama selepas itu, berlaku pertengkaran sebelum suspek dilihat menumbuk muka mangsa beberapa kali hingga cedera dan berdarah. – Getaran, 17 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 17 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad