web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1 Maut, 5 Cedera Nahas 4 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 6:03PM

Mangsa yang maut dikenali sebagai Baharudin Tua, 89 tahun.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOPENG - Seorang maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gopeng-Kampar di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, empat kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu adalah Toyota Vellfire, Proton Saga, Perodua Myvi dan Perodua Alza.

Difahamkan mangsa yang maut adalah penumpang Perodua Myvi dikenali sebagai Baharudin Tua, 89.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.40 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati seorang penumpang Perodua Myvi tersepit sebelum kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan.

“Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya sebelum diberitahu dia sudah meninggal dunia.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kampar bagi menerima rawatan manakala mangsa yang maut dihantar ke jabatan forensik untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, operasi ditamatkan jam 2.29 petang. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad